Harian Metro

CEMAS TOL RUNTUH

Semua laluan dari kedua-dua arah ditutup sejurus ribut badai Plaza Tol Bukit Raja

- Faliq Lajim cnews@nstp.com.my

Letupan itu turut mengakibat­kan bahagian dalam dan bumbung kilang berkenaan yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu runtuh selain serpihan besi berterbang­an sejauh 100 meter”

Samsor

Beberapa pengguna jalan raya yang melalui Plaza Tol Bukit Raja, dekat sini, melalui saat mencemaska­n apabila sebahagian daripada siling di plaza tol itu runtuh dilanda ribut malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabka­n semua laluan di plaza tol itu ditutup dari kedua-dua arah selama beberapa jam.

Operator lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, tiada kecederaan dilaporkan membabitka­n kakitangan mahu pun pengguna lebuh raya di plaza tol berkenaan.

Tinjauan Harian Metro kira-kira jam 3 petang semalam mendapati trafik lancar di kedua-dua arah.

Sementara itu, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata, kejadian semalam adalah yang pertama berlaku di plaza tol berkenaan.

Menurutnya, semua lorong dibuka semula kira-kira jam 4 pagi semalam selepas disahkan selamat.

“Kerja-kerja pembaikan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Petugas tol juga bertugas seperti biasa dan tiada sebarang masalah memandangk­an semua lorong tol mempunyai sistem elektronik,” katanya.

Kejadian itu yang turut dirakam pengguna lebuh raya berkenaan tersebar melalui laman sosial dan aplikasi WhatsApp apabila gambar dan klip video kejadian dikongsi dan disebarkan.

PLUS menasihatk­an orang ramai supaya mengikuti perkhidmat­an Twitter PLUSTrafik untuk maklumat trafik terkini di Plaza Tol Bukit Raja”

PLUS

 ?? FOTO: FAIZ ANUAR ?? KEADAAN Plaza Tol Bukit Raja selepas dilanda ribut.
FOTO: FAIZ ANUAR KEADAAN Plaza Tol Bukit Raja selepas dilanda ribut.
 ??  ??
 ??  ?? PETUGAS mengambil gambar siling yang runtuh.
PETUGAS mengambil gambar siling yang runtuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia