Harian Metro

Menteri ‘masuk’ penjara pujuk henti mogok lapar

-

Sungai Buloh: Seramai 118 tahanan Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dipujuk supaya menghentik­an mogok lapar yang dimulakan sejak jam 8 pagi, Jumaat lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Hanipa Maidin berkata, beliau bersama peguam, T Harpal Singh mencapai perkembang­an positif itu dalam satu perjumpaan bersama tahanan itu di Penjara Sungai Buloh selama dua jam, semalam.

“Saya dan peguam masuk (Penjara Sungai Buloh) jam 11.30 pagi tadi (semalam). Mereka berada dalam keadaan lemah, tapi semua masih terkawal, kesihatan mereka terus dipantau pihak penjara.

“Lawatan saya ke sini bukan untuk raih populariti, ia sebahagian tanggungja­wab sebagai menteri. Hari ini misi kami berjaya (henti mogok lapar),” katanya ketika ditemui bersama ahli keluarga tahanan di hadapan penjara, semalam.

Turut hadir, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Abdul Kadir Rais dan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd Rizuan Abdullah.

Lebih 100 ahli keluarga tahanan SOSMA berkumpul di hadapan penjara berkenaan sejak jam 11 pagi semalam bagi menggesa kerajaan menghapusk­an akta berkenaan.

Semalam, media melaporkan, kerajaan kini meneliti cadangan pemansuhan SOSMA melalui jawatankua­sa yang dibentuk.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, jawatankua­sa yang terdiri daripada pelbagai agensi penguatkua­saan termasuk badan bukan kerajaan (NGO), Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Jabatan Peguam Negara itu sudah beberapa kali bermesyuar­at.

Dalam pada itu, Hanipa menyeru ahli keluarga yang berhimpun di pekarangan penjara itu bersurai berikutan isu mogok selesai.

“Ahli keluarga boleh bersurai. Tidak perlu bimbang lagi, yang penting berdoa supaya tahanan sentiasa sihat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rizuan berkata, pihak penjara memberi lampu hijau kepada ahli keluarga terbabit untuk melawat tahanan itu tengah hari semalam.

 ??  ?? MOHAMED Hanipa (dua kiri) berjumpa dengan keluarga tahanan SOSMA di luar Penjara Sungai Buloh, semalam.
MOHAMED Hanipa (dua kiri) berjumpa dengan keluarga tahanan SOSMA di luar Penjara Sungai Buloh, semalam.
 ??  ?? AHLI keluarga tahanan berkumpul di luar Penjara Sungai Buloh.
AHLI keluarga tahanan berkumpul di luar Penjara Sungai Buloh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia