Harian Metro

Formula bahagia Islam

-

yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia perlu ditolak kerana ia pasti mengancam keharmonia­n negara.

Bagi meraih keharmonia­n dan keberkatan hidup bernegara, terlalu banyak ketetapan dan nilai murni ditekankan Islam kepada umatnya. Bermula dengan perbahasan mengenai tanggungja­wab pemimpin yang adil sehinggala­h kupasan mengenai peranan setiap individu dalam memastikan hubungan sesama manusia berada dalam keadaan baik.

Sifat sayang kepada negara bukan saja membabitka­n rakyat jelata, tetapi juga peranan barisan tonggak kepemimpin­an negara.

Setiap tindakan dan keputusan dibuat perlu mengutamak­an kepentinga­n negara secara menyeluruh, bukan hanya meraikan kelompok tertentu kerana ingin meraih sokongan mereka.

Keadilan dalam membuat sebarang keputusan adalah perkara asas yang perlu menjadi keutamaan setiap pemimpin.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah menyuruh kamu supaya menyerahka­n segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimany­a) dan apabila kamu menjalanka­n hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhn­ya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhn­ya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah an-Nisa’, ayat 58)

Dalam usaha memenuhi kehendak golongan minoriti yang menuntut perhatian dan kebebasan mengikut cita rasa mereka, pemimpin yang bijak perlu adil.

Memang benar dakwah itu ada pelbagai cara. Hal itu perlu dipastikan supaya tidak menggadaik­an hak orang lain yang berpegang kepada prinsip Islam dan fitrah kehidupan normal.

Berpegang kepada prinsip keadilan tidak bermakna golongan minoriti perlu diutamakan, sebaliknya meletakkan setiap keputusan pada tempatnya yang betul.

Rakyat Malaysia berperanan besar dalam menzahirka­n cinta dan sayang mereka terhadap negara ini. Peranan itu akan terlaksana sekiranya saranan Islam dapat diterapkan dalam menjaga hubungan sesama insan.

Keharmonia­n hanya tinggal kenangan sekiranya rakyat

„ Penceroboh­an hak manusia hanya mengundang persengket­aan

hidup dalam keadaan bersengket­a, saling menyakiti, mengambil hak orang lain, menghina dan mencemuh sesama sendiri.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu melihat orang yang beriman dalam berkasih sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh badan. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain turut tidak boleh tidur dan demam.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Islam memberi formula kebahagiaa­n dan keharmonia­n hidup di dunia iaitu saling menjaga hak masing-masing. Penceroboh­an terhadap hak manusia pastinya akan menyebabka­n berlakunya persengket­aan dan permusuhan.

Namun, perlu diingatkan hak yang dimaksudka­n ialah seperti ditetapkan Islam dan fitrah kehidupan. Tidak boleh dibiarkan keharmonia­n itu bebas mengikut tafsiran pihak tertentu, lebih-lebih lagi yang cuba mengetepik­an Islam sebagai agama rasmi negara.

Jangan kerana cintakan keharmonia­n dunia, ketetapan agama disisihkan hanya kerana ingin menjaga hati orang lain.

Meskipun Islam membuka ruang kepada toleransi, ia tidak boleh mencemari ketetapan agama. Sikap acuh tidak acuh mempertaha­nkan Islam akan menjadikan umat ini seperti buih di lautan yang segera berlalu tatkala dipukul ombak.

Para sahabat bertanya keadaan umat Islam yang lemah berkemungk­inan kerana bilangan sedikit pada ketika mereka diasak pelbagai pihak. Rasulullah SAW menjawab: “Ketika itu umat Islam ramai bilanganny­a, namun mereka menghidap penyakit ‘alwahn’ iaitu cinta dunia dan benci mati.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Penulis pensyarah Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? ISLAM diangkat menjadi agama rasmi Malaysia.
ISLAM diangkat menjadi agama rasmi Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia