Harian Metro

Ibu bapa balik tinggal anak

-

Melaka: “Ayah dan ibu dah balik.” Hanya itu dapat diluahkan oleh kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui bersendiri­an berhampira­n premis ikan bakar di Alai di sini, malam kelmarin.

Kanak-kanak itu ditemui seorang peniaga kedai permainan kira-kira jam 9.30 malam, sebelum diserahkan kepada pemilik kedai ikan bakar untuk mencari ibu bapanya yang terpisah.

Kisah kanak-kanak itu menjadi bualan netizen selepas tular di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter memuat naik kejadian dengan keterangan ‘Gempar !!!! Dah kenyang makan ikan bakar, keluarga terlupa anak yang tertinggal ketiduran atas meja !!!!!

Pemilik kedai ikan bakar berkenaan, Irsyad Hadi Zainal, 32, berkata, melihat keadaan kanak-kanak itu yang hampir menangis, dia bertindak mendukungn­ya sambil cuba mencari ahli keluargany­a di setiap meja di kedainya.

“Disebabkan pelanggan yang ramai, saya tidak tahu kanak-kanak itu datang daripada pelanggan yang mana sehinggala­h akhirnya dia tertidur akibat keletihan.

“Saya hampir membuat laporan polis kerana tiada siapa yang datang mengambiln­ya sebelum menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai bapa kanak-kanak itu selepas hampir dua jam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dakwanya, kira-kira jam 12 tengah malam bapa kanak-kanak itu yang berusia 39 tahun akhirnya datang dan mengambil anaknya.

“Bimbang sesuatu perkara tidak diingini berlaku, saya mengambil nombor kad pengenalan lelaki itu yang mendakwa sebagai bapa kanak-kanak terbabit sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

 ??  ?? PAPARAN Tweet yang tular di laman sosial.
PAPARAN Tweet yang tular di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia