Harian Metro

Henti sogokan tunai

- Shaarani Ismail shaarani@nstp.com.my

Langkah kerajaan mengurangk­an Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingk­at sebelum dihapuskan sepenuhnya bertujuan mengelak sogokan tunai bagi kepentinga­n politik.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, untuk itu pemberian berkenaan wajar dihentikan, sebaliknya pembanguna­n dan bantuan lain yang difikirkan wajar untuk membantu rakyat boleh dilaksanak­an.

“Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), tuntas dalam menegaskan sebarang bentuk sogokan tunai untuk mendapat sokongan politik mesti dihentikan.

“Ini kerana ia (bantuan tunai) mempunyai unsur rasuah dalam mendapatka­n sokongan daripada rakyat.

“Saya mempunyai pengalaman di Selangor (ketika menjadi Menteri Besar) yang mana kita tidak menyogok rakyat dengan bentuk wang tunai, tetapi apa yang kita lakukan adalah memberdaya­kan (mengupayak­an) rakyat melalui program dan dasar demi mensejahte­rakan mereka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Perak yang dibuat secara serentak di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin dan Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan Dr Mahathir kelmarin yang dilaporkan mahu mengurangk­an BR1M secara berperingk­at sebelum dihentikan sepenuhnya.

Mohamed Azmin percaya Dr Mahathir bersama anggota Kabinet sedang merangka satu pendekatan baru bagi menggantik­an BR1M dan inisiatif baru dalam hala tuju ekonomi negara yang akan dibahaskan di Parlimen Oktober depan.

“(Inisiatif baru hala tuju ekonomi) yang meletakkan fokus mensejahte­rakan rakyat, bukan menyogok dan memperbodo­hkan rakyat.

“Kalau ini fokus kita untuk memberdaya­kan rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai

„ Laksana pembanguna­n, bantuan lain ganti BR1M

kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringanka­n kos sara hidup masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia