Harian Metro

PERTAMA & TERAKHIR

„ Dua beranak lemas ketika memancing Sungai Langat

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Inilah kali pertama Ahmad Azrifaiz mengikut bapanya Roslan Ibrahim pergi memancing ikan patin di Sungai Langat, berhampira­n Taman Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi sebelum mereka dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan lemas. Kedua-dua mangsa ditemui di dasar sungai pada jarak tujuh meter dari tebing sungai dengan kedalaman sekitar tiga meter, lapor Nor Azizah Mokhtar

Kajang

“Biasanya suami pergi memancing berseorang­an tetapi kali ini anak kedua saya ikut sekali. “Suami keluar memancing kira-kira jam 8 pagi, sebelum anak saya beritahu nak keluar untuk melihat ayahnya memancing kira-kira sejam selepas itu,” kata Dr Ajura Abdul Jalil, isteri kepada

Roslan Ismail, 49, yang lemas bersama anak keduanya, Ahmad Azrifaiz, 18, ketika memancing ikan patin di Sungai Langat berhampira­n Taman Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, dua beranak terbabit lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai, bagaimanap­un punca sebenar kejadian belum dapat dipastikan.

Mayat kedua-duanya ditemui jam 1.52 tengah hari dan jam 2.20 petang selepas pasukan bomba melakukan pencarian lebih dua jam di lokasi kali terakhir mereka dilihat.

Dr Ajura, 48, berkata itu kali pertama Ahmad Azrifaiz mengikut suaminya pergi memancing.

“Tak sangka ia akan jadi yang terakhir,” katanya kelihatan tenang ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Beliau yang juga doktor pakar pergigian di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah, memaklumka­n ketika kejadian dia berada di rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi sungai itu.

Katanya, dia hanya mengetahui insiden menimpa suami dan anaknya selepas dimaklumka­n beberapa jiran.

“Suami memang kerap memancing di sungai itu setiap kali ada kelapangan atau pada cuti hujung minggu,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian Rashidi Yahya, 35, berkata dari jauh dia sempat melihat kedua-dua mangsa terkapai-kapai.

Katanya, dia terus berlari ke arah mereka namun dua beranak terbabit sudah tenggelam apabila dia tiba. “Saya terus jerit memanggil rakan untuk membantu dan seorang daripada kami turut membawa tali namun sudah terlambat ,” katanya.

Rashidi yang juga satu-satunya saksi melihat kejadian berkenaan berkata, ketika itu dia baru saja tiba di sungai terbabit untuk memancing bersama dua lagi rakan dari Balakong, dekat sini.

“Saya berada dalam jarak kira-kira 100 meter dari mereka dan sedang berdiri di tempat berbatu di tengah sungai manakala

abang saya dan seorang rakan berada di lokasi lain yang agak jauh.

“Pada mulanya saya ingatkan mereka sedang berenang kerana tidak terdengar sebarang jeritan meminta tolong, sebelum saya sedar mereka lemas,” katanya ketika ditemui.

Katanya, mereka kemudian mengambil keputusan menghubung­i talian kecemasan melaporkan kejadian itu.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa di Sungai Langat berhampira­n Taman
Bangi Perdana.
AJURA tengah tidak dapat menahan sebak di lokasi kejadian di Sungai Langat berhampira­n Taman
Bangi Perdana.
PASUKAN penyelamat berusaha mencari mangsa di Sungai Langat berhampira­n Taman Bangi Perdana. AJURA tengah tidak dapat menahan sebak di lokasi kejadian di Sungai Langat berhampira­n Taman Bangi Perdana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia