Harian Metro

BANTU PENGHIDAP INSOMNIA

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tilam untuk kegunaan di rumah supaya pengguna dapatkan tidur lebih baik

Sempena sambutan

Hari Ibu dan Hari Bapa, pakar kesihatan tidur

Amlife melalui program tanggungja­wab sosial korporatny­a (CSR) berhasrat membantu memperheba­tkan kehidupan ibu bapa di Malaysia melalui kempen penjagaan kesihatan.

Kempen Tidur Untuk Menjaga Kesihatan & Menjana Kekayaan 2018 itu bukan saja membantu individu yang ingin menjaga kesihatan kerana ia juga sebagai cara bagi menambah baik situasi kewangan.

Ibu bapa umumnya berada di peringkat usia dan sering mengalami pelbagai isu kesihatan termasuk insomnia iaitu gangguan atau kesukaran untuk tidur malam.

Sebagai bapa yang juga individu yang pernah mengalami insomnia sebelum ini, Presiden dan Pengasas Amlife Lew Mun Yee berkata, dia selalu teringat kisah dirinya yang mengalami masalah sukar tidur hingga menimbulka­n masalah kesihatan.

“Pada masa sama, saya terpaksa bertungkus lumus menyara keluarga dengan melakukan pelbagai kerja.

“Saya mendapat tahu daripada jiran terdekat mengenai terapi keupayaan elektrik yang boleh menawarkan peluang perniagaan yang baik,” katanya.

Tertarik dengannya, Lew kemudianny­a membiayai sendiri penyelidik­an yang membawanya ke Jepun dan dia bekerjasam­a dengan pakar teknologi terapi keupayaan elektrik Jepun untuk mengenal pasti konsep produk yang dapat menambah baik kesihatan semasa tidur.

Hasil penyelidik­an itu, terhasilny­a tilam perubatan Amlife untuk kegunaan di rumah yang disahkan Kementeria­n Kesihatan Jepun, Taiwan dan Malaysia dapat membantu pengguna mendapatka­n tidur lebih baik secara semula jadi dengan manfaat terapi keupayaan elektrik dan kelebihan termoterap­i gentian karbon.

Mengenangk­an zaman susahnya dulu,

Lew bersimpati dengan kesulitan yang dialami golongan ibu bapa yang terpaksa menanggung beban kewangan disebabkan tanggungja­wab berat membesarka­n anak-anak sehingga boleh menjejaska­n kesihatan dan juga membawa tekanan.

Seorang bapa berusia 48 tahun, Pong Chee

Min, terpaksa menyara keluargany­a dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuk pekerja binaan, pembantu kedai runcit sebelum menjadi jurujual lori.

Dia yang tidak berpelajar­an tinggi mempunyai dua anak dan dengan gajinya yang agak kecil sudah tentu sukar untuk menampung keluarga.

“Kadang-kadang, saya terpaksa bergantung kepada ibu bapa saya sendiri dan kawan-kawan untuk memberikan sokongan kewangan.

“Saya juga tidak berani untuk menziarah saudara mara semasa Tahun Baru Cina kerana kami tidak ada wang untuk diberikan sebagai angpau,” katanya.

Tertekan dan sentiasa memikirkan kestabilan kewanganny­a menyebabka­n dia lama-kelamaan mengalami kemurungan.

Situasi ini mengakibat­kan masalah insomnia yang serius selama hampir setahun dan menyebabka­n dia terpaksa bergantung kepada alkohol untuk tidur.

Kehidupann­ya berubah selepas diperkenal­kan rakannya dengan tilam perubatan Amlife dan dia dapat tidur tanpa alkohol pada malam ketiga selain dalam masa sama mampu menjana pendapatan­nya sendiri.

Sebagai sebuah syarikat yang memberi penekanan kepada insan, penjagaan dan kejujuran sebagai nilai teras dalam memperjuan­gkan keperluan asas hidup (iaitu tidur), Amlife membolehka­n ibu bapa yang benar-benar mengalami masalah kewangan menggunaka­n tilam perubatan secara percuma untuk membolehka­n menikmati kelegaan daripada isu-isu kesihatan.

Untuk memperkaya kehidupan ramai ibu bapa pada sambutan hari ibu bapa ini, Lew berkata, pihaknya melancarka­n kempen

CSR untuk menawarkan penggunaan percubaan tilam perubatann­ya dan hadiah istimewa untuk ibu bapa.

Menurut Lew, kempen itu berdasarka­n siapa dulu akan didahuluka­n (tertakluk kepada terma dan syarat).

“Sesiapa yang berminat untuk merebut tawaran ini boleh menghubung­i talian perkhidmat­an pelanggan Amlife dan sebut kempen ‘CSR Hari Ibu Bapa Amlife’,” katanya.

 ??  ?? PELANCARAN kempen Tidur Untuk Menjaga Kesihatan & Menjana Kekayaan 2018.
PELANCARAN kempen Tidur Untuk Menjaga Kesihatan & Menjana Kekayaan 2018.
 ??  ?? PONG
PONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia