Harian Metro

Ganti BR1M dengan bantuan produktivi­ti

-

Kuching: Bantuan kebajikan berbentuk produktivi­ti berbanding pemberian wang tunai diyakini menjadi inisiatif paling berkesan menggantik­an Bantuan Sara Hidup atau dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Kerajaan Pusat perlu menumpukan kepada program kebajikan seperti itu dengan wang tunai digunakan sebagai permulaan modal perniagaan.

“Peruntukan diberi dalam Bantuan Sara Hidup atau BRIM dulunya perlu diubah kepada geran perniagaan kepada mereka yang layak untuk membuka perniagaan.

“Tindakan berkenaan lebih praktikal kerana ia mampu menjana pendapatan kepada penerima. Pemansuhan tanpa penggantia­n adalah sesuatu tidak wajar dibuat kerana akan menjejaska­n sosio ekonomi golongan miskin tegar dan miskin,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkenaan pemansuhan Bantuan Sara Hidup atau BR1M oleh Kerajaan Pusat.

Sejak 2012 hingga tahun ini, sebanyak RM32.72 bilion sudah dibayar kepada tujuh juta penerima dengan nilai peruntukan bertambah setiap tahun bermula 2012 dengan RM2 bilion, 2013 (RM3 bilion), 2014 (3.6 bilion), 2015 (RM5.3 bilion), 2016 (RM5.9 bilion), 2017 (6.8 bilion) dan 2018 (6.12 bilion).

 ?? Fatimah Abdullah ?? Tindakan berkenaan lebih praktikal kerana ia mampu menjana pendapatan kepada penerima”
Fatimah Abdullah Tindakan berkenaan lebih praktikal kerana ia mampu menjana pendapatan kepada penerima”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia