Harian Metro

GEMBIRA BERTAUT DUKA

„ Ibu dicari selepas terpisah 33 tahun meninggal selepas tiga hari dijaga anak tepat jam 3.33 pagi

- lapor Sharifah Mahsinah Abdullah.

Walaupun hanya 3 hari namun di benak hati Tuan Kamaruzama­n Tuan Meli tetap puas dapat menjaga ibunya yang terpisah sejak 33 tahun lalu sebelum meninggal dunia pada jam 3.33 pagi 17 Ogos lalu akibat jangkitan kuman dalam darah. Ketika di rumah, ibunya sentiasa memanggil nama Tuan Kamaruzzam­an dan ingin berada di samping beliau sehinggala­h

menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Tengku Anis,

Pasir Puteh

“Selepas 33 tahun mencari ibu, saya hanya sempat menjaganya selama tiga hari sebelum ibu menghembus­kan nafas terakhir jam 3.33 pagi, 17 Ogos lalu,” kata Tuan Kamaruzama­n Tuan Meli, 43, ketika ditemui sedang menziarahi pusara arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam Changgai di sini.

Sebelum itu, bekas pemandu teksi berkenaan mengesan dan menemui ibunya, Massimah Musa, 61, di Kampung Mengketil, Machang pada 14 Ogos lalu selepas seorang rakan isterinya menunjukka­n satu

dalam laman sosial Facebook yang mana wanita terbabit memuat naik gambarnya sambil meminta orang ramai membantu mencari anak lelakinya itu yang terpisah sejak 33 tahun lalu.

Difahamkan, Massimah berpisah dengan ayah Tuan Kamaruzama­n sejak 33 tahun lalu dan mereka dikurniaka­n empat anak. Sejak berpisah, empat beradik itu tinggal bersama bapa mereka di Pasir Puteh.

Selain itu, tiga beradik lain, Tuan Kamariah, 39, Tuan Kamarizan, 33, dan yang bongsu, Tuan Khairul Azrul, 30.

Beliau yang juga bapa kepada lima anak berkata, pertemuan itu tambah memilukan, apatah lagi ibunya ketika itu sedang tenat akibat jangkitan kuman dalam darah.

“Tidak dapat digambarka­n betapa gembiranya saya apabila berjaya bertemu ibu kandung selepas segala usaha dilakukan untuk menjejakny­a dilakukan sejak 33 tahun lalu. Ia termasuk menyiarkan gambarnya dalam beberapa akhbar sejak lima tahun lalu.

“Sejak saya membawanya pulang ke rumah saya di Kampung Sungai Gali pada 14 Ogos lalu, saya sentiasa berada di samping ibu dan menjaganya setiap hari.

“Bagi saya, sebagai anak yang lama terpisah dengan ibu dan dahagakan kasih sayang ibu, inilah saat paling ditunggu untuk mencurahka­n segala bakti kepadanya dan menunaikan tanggungja­wab sebagai anak,” katanya ditemui di pusara ibunya, semalam.

Ketika pengebumia­n, tiga lagi adik-beradik Tuan Kamaruzzam­an turut hadir.

Tuan Kamaruzama­n yang kehilangan kaki kanan akibat kencing manis pada 2013 berkata, walaupun hanya tiga hari, dia bersyukur kerana segala susah payahnya selama ini untuk menjejak ibunya tercapai.

“Sejak berpisah dengan ibu semasa saya berusia 10 tahun, setiap saat saya merinduiny­a tetapi tidak berdaya untuk mencarinya.

“Ibu berpisah dengan ayah, lalu kami empat beradik dibawa ayah tinggal di Pasir Puteh.

“Apabila saya berumur 18 tahun, saya mula mencari ibu di banyak tempat di negeri ini namun gagal hingga saya berjumpa dengannya,” katanya.

Menurutnya, ketika di rumah, ibunya sentiasa memanggil nama Tuan Kamaruzzam­an dan ingin berada di samping beliau sehinggala­h ibunya menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Tengku Anis, jam 3.33 pagi pada 17 Ogos lalu.

“Saya berdoa supaya roh ibu ditempatka­n dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

 ??  ??
 ?? ZAMAN HURI ISA ?? KELUARGA Tuan Kamaruzama­n membaca Yasin di pusara ibunya.
ZAMAN HURI ISA KELUARGA Tuan Kamaruzama­n membaca Yasin di pusara ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia