Harian Metro

Sejarah baru Alif, Nana

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Esok sejarah bakal tercipta dalam kerjaya seni dua selebriti serba boleh Alif Satar dan Siti Nordiana apabila berpeluang tampil menjayakan konsert duet di Shine Auditorium, Shaw Tower, Singapura.

Lebih membanggak­an apabila minggu terakhir sebelum konsert berlangsun­g Alif dan

Siti Nordiana atau Nana dimaklumka­n tiket sudah habis dijual.

Berkongsi mengenai kejayaan awal konsert

Just Us - Alif Satar & Siti Nordiana Live Concert In Singapore, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui agak gusar memikirkan sambutan penonton.

“Banyak perkara bermain di fikiran sebelum konsert berlangsun­g Jumaat ini termasuk harapan tinggi penonton.

“Saya terkejut apabila dimaklumka­n tiket habis dijual. Sungguh terharu dengan sokongan yang diberikan peminat kami di Singapura,” katanya.

Mengulas lanjut konsert itu, Alif berkata selepas peminat menyaksika­n gandingann­ya bersama Nana dalam drama yang mempunyai unsur nyanyian, diikuti persembaha­n teater Dia Semanis Honey Muzikal, kali ini pasti mereka mahu menikmati corak

Teruja jayakan konset duet di Singapura, tiket sudah habis dijual

persembaha­n lebih asli.

“Memulakan kerjaya sebagai penyanyi, sudah tentu konsert Just Us -

Alif Satar & Siti Nordiana Live Concert In Singapore ini benar-benar sesuatu yang sejati daripada saya dan Nana. Kami akan mendendang­kan rangkaian lagu yang peminat mahu dengar termasuk secara berduet,” katanya.

Kata Alif lagi, konsert itu juga pencapaian baru dalam karier nyanyian apatah lagi ia diadakan di luar negara.

Bercerita mengenai perkara yang paling dibimbangk­an sebelum konsert berlangsun­g,

Alif berkata sibuk mengendali­kan beberapa program termasuk It’s

Alif dan program realiti nyanyian di sebuah stesen TV berbayar membuatkan dia tidak cukup masa untuk melakukan latihan vokal dengan betul.

“Saya risau sebab jarang dapat melakukan latihan vokal. Apabila mengacara kita bercakap dengan vokal yang tidak dikawal malah ada ketika perlu menjerit.

“Jadi, beberapa hari sebelum konsert berlangsun­g saya berlatih. Ia kedengaran klise tetapi siapa yang bergelar penyanyi akan faham perkara ini.

“Ahli sukan sebelum bertanding juga perlu berlatih, begitu juga dengan penyanyi,” katanya yang bakal menggunaka­n khidmat lapan pemuzik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia