Harian Metro

Teh tarik eratkan hubungan

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Hubungan baik dalam kalangan keluarga, rakan, majikan atau masyarakat menjadikan kita lebih bahagia dan sihat.

Itu mesej jelas yang diperoleh pakar psikiatri merangkap Pengarah Kajian Perkembang­an Dewasa Harvard, Robert Waldinger menerusi kajian selama 75 tahun mengenai kualiti hubungan dalam pembentuka­n kesihatan mental dan fizikal.

Namun, realiti dalam era sekarang sukar untuk melihat sesama kita duduk semeja dan makan sambil berborak tanpa melihat aplikasi sosial media di telefon pintar.

Situasi ini dilihat sebagai satu hubungan yang lemah di antara individu kerana terlalu taasub dengan perkembang­an dunia digital tanpa sempadan sehingga susah untuk bergaul secara langsung.

Sentiasa sibuk dengan kerja juga menjadi antara faktor penggalak kepada masalah perhubunga­n yang rapuh dalam kalangan masyarakat sehingga tanpa disedari mampu menjejaska­n kesihatan mental dan fizikal seseorang.

Oleh itu, jenama teh terkemuka, Lipton melancarka­n kempen untuk menyatukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat bagi meraikan minuman kegemaran mereka melalui Jom

Teh Tarik TEHgether sempena Hari Teh

Tarik Malaysia yang akan diadakan pada 15 September ini.

Teh tarik antara minuman digemari rakyat

Malaysia dan ada pihak mengangkat­nya sebagai minuman kebangsaan kerana keupayaann­ya untuk menyatukan masyarakat berbilang bangsa serta budaya di negara ini.

Minuman ini juga sentiasa mempunyai tempat istimewa di dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Ia bukan saja digemari rakyat tempatan tetapi turut dinikmati di negara jiran yang membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga dengan kemasyhura­n teh tarik.

Lipton memahami rasa cinta rakyat Malaysia terhadap teh tarik yang bukan sekadar minuman, malah mengeratka­n hubungan antara keluarga dan rakan dengan menyatukan mereka bersama.

Mereka percaya teh tarik mampu mengeratka­n hubungan antara masyarakat, oleh itu tiada cara yang lebih baik untuk meraikan rasa nikmat dalam kalangan rakyat kecuali dengan meraikan Hari Teh Tarik Malaysia menerusi kempen Jom Teh Tarik TEHgether.

Selepas sekian lama bertapak di negara ini, Lipton memahami kecintaan rakyat Malaysia terhadap teh.

Rakyat di negara ini boleh berbangga dengan keunikan budaya meminum tehnya, apabila teh tarik boleh dianggap sebagai minuman kebangsaan dan menjadi suatu kemestian bagi kebanyakan orang selain sering dihidangka­n dalam apa jua majlis.

Menyentuh mengenai rasanya pula, umum mengetahui rakyat negara ini menggemari rasa teh yang pekat dan beraroma, asas terbaik untuk teh tarik.

Oleh itu, berbekalka­n pengetahua­n ini, Lipton menghasilk­an teh tarik Lipton Ekstra Kaw yang mempunyai rasa dan aroma lebih kuat serta daun tehnya menghasilk­an warna lebih pekat sesuai dengan cita rasa pengguna tempatan.

Dengan rumusan serta warnanya yang diperkaya menjadikan ia pilihan terbaik untuk membuat teh tarik, membantu penggemar teh mendapatka­n keseimbang­an sempurna antara teh dan susu.

Lipton melihat peluang menggunaka­n teh untuk mengeratka­n lagi hubungan sesama keluarga dan produk ini membolehka­n rakyat menikmati teh tarik sedap dengan rasa dan aromanya yang diperkaya di rumah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia