Harian Metro

‘Sami’ warga China ditahan polis

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Cari wang mudah dengan menyamar sami dan menjalanka­n upacara sembahyang mayat selain mengutip derma.

Itu kegiatan lelaki dan wanita warga China yang dibongkar polis selepas suspek terbabit ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jinjang, Kuala Lumpur, jam 1.10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dua suspek terbabit dikatakan menyamar sebagai sami daripada persatuan Buddha di Sri Damansara, di sini, bagi meraih pendapatan mudah dengan menjalanka­n upacara sembahyang mayat dan kutipan derma.

Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 38 tahun yang mewakili persatuan berkenaan berhubung kegiatan suspek.

“Wanita itu memberitah­u pihaknya menerima aduan orang ramai ada dua sami daripada persatuan itu mengenakan bayaran tinggi bagi menjalanka­n upacara sembahyang mayat penganut Buddha di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.

“Hasil semakan mendapati dua suspek trebabit yang juga warga China bukan sami persatuan itu.

“Mereka turut mengutip derma atas nama persatuan berkenaan,” katanya.

Seorang bayi lelaki meninggal dunia ketika dilahirkan seorang wanita tanpa pengetahua­n keluargany­a di dalam sebuah bilik di Taman Gasing di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, wanita berusia 22 tahun berkenaan dipercayai melahirkan anak seorang diri sebelum bayi itu tersedak dan meninggal dunia dalam pangkuan ibunya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superinten­dan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima laporan daripada abang mangsa jam 9.20 pagi.

“Berdasarka­n keterangan lelaki terbabit, dia terjaga daripada tidur pada jam 6 pagi selepas terdengar suara orang mengerang kesakitan dari bilik tidur adiknya.

“Lelaki itu kemudian masuk ke bilik adiknya dan mendapati wanita itu terbaring di lantai dalam keadaan tidak bermaya bersama bayi lelaki dalam keadaan berlumuran darah.

“Bayi yang sempurna keadaannya itu bagaimanap­un didapati tidak lagi bergerak sebelum disahkan meninggal dunia akibat tersedak sebaik tiba di Hospital Tuanku Fauziah (HTF),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, wanita berkenaan sempat memangku anaknya itu namun akibat

 ??  ?? DUA warga China menyamar sami Buddha ditahan di sebuah premis di Jinjang, Kuala Lumpur.
DUA warga China menyamar sami Buddha ditahan di sebuah premis di Jinjang, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia