Harian Metro

Harga barangan di Kiulu mahal

-

Tuaran: Ketika penduduk di bandar berpeluang membeli barangan dengan harga lebih rendah selepas penghapusa­n cukai barangan dan perkhidmat­an (GST) sejak 1 Jun lalu, masyarakat luar bandar di Sabah hanya mampu ‘mendengar’ dan ‘melihat’ dari jauh.

Bagi penduduk luar bandar seperti di pedalaman Kiulu di sini, sama ada GST atau digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) mulai 1 September ini, tiada bezanya kerana harga barangan pengguna di kawasan mereka tetap tinggi berbanding di bandar.

Walaupun barangan keperluan pengguna yang dikenakan GST sebelum ini seperti serbuk pencuci sepatutnya turun harga selepas GST pada kadar sifar, situasi itu tidak berlaku di luar bandar kerana kebanyakan peniaga tidak tertakluk dengan peraturan berkenaan.

Ini kerana, sebelum mengenakan GST, peniaga perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), namun bagi peniaga di kampung yang kebanyakka­nnya bermodal kecil, mereka dalam kategori tidak wajib mendaftar.

Tinjauan NSTP di Kiulu mendapati, bukan saja barangan yang sebelum ini dikenakan GST tidak diturunkan harga, malah barangan kawalan seperti minyak masak dan gula yang sememangny­a tidak dikenakan GST juga dijual lebih mahal.

Penduduk Kampung Pukak, Jasri Salag, 46, berkata, tiada apa mampu dilakukan penduduk khususnya mereka yang bergantung kepada kedai runcit untuk membeli barangan keperluan harian walaupun tahu harganya lebih tinggi berbanding di bandar.

“Kita sedar harga barang di luar bandar memang tinggi berbanding di bandar. Bagi mereka yang ada kenderaan sendiri boleh pergi terus ke bandar untuk membeli, tetapi bagi mereka yang tiada kemudahan itu terpaksa juga membeli di kedai runcit di sini walaupun mahal,” katanya.

 ??  ?? KEDAI runcit luar bandar di Kiulu menawarkan pelbagai barangan walaupun harganya tinggi berbanding di bandar.
KEDAI runcit luar bandar di Kiulu menawarkan pelbagai barangan walaupun harganya tinggi berbanding di bandar.
 ??  ?? SENARAI harga beras di sebuah kedai runcit di Kiulu.
SENARAI harga beras di sebuah kedai runcit di Kiulu.
 ?? Jasri Salag ?? Bagi mereka yang ada kenderaan sendiri boleh pergi terus ke bandar untuk membeli, tetapi bagi mereka yang tiada kemudahan itu terpaksa juga membeli di kedai runcit di sini walaupun mahal”
Jasri Salag Bagi mereka yang ada kenderaan sendiri boleh pergi terus ke bandar untuk membeli, tetapi bagi mereka yang tiada kemudahan itu terpaksa juga membeli di kedai runcit di sini walaupun mahal”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia