Harian Metro

Koleksi klasik

- TN Alagesh cnews@nstp.com.my

„ Ahli perniagaan simpan sampul surat hari pertama kenang tarikh keramat

Memiliki sampul surat hari pertama bagi memperinga­ti Hari Kemerdekaa­n negara adalah koleksi klasik berharga yang jarang ditemui pengumpul masa kini.

Namun, bagi ahli perniagaan, Kent Koh, 33, sangat berbangga menyimpan koleksi itu yang mengenang kemerdekaa­n pertama negara dan sambutan ulang tahun ke-25.

Katanya, koleksi itu dibelinya 10 tahun lalu daripada seorang individu yang bermurah hati menjual kepadanya untuk disimpan bersama 300 sampul surat hari pertama yang lain.

Koh berkata, dia mengumpul setem dan sampul surat hari pertama sejak berusia 15 tahun, malah hobi itu menjadikan dia seorang kaya dengan semangat patriotism­e dan cintakan negara.

“Saya mempunyai sampul surat hari pertama bagi Hari Kemerdekaa­n pertama yang dikeluarka­n pada 31 Ogos 1958 berserta setem tertera gambar Stadium Merdeka, sementara satu lagi bertemakan Hari Kemerdekaa­n ke-25 yang dikeluarka­n pada 31 Ogos 1982 berserta setem tertera gambar Dataran Merdeka pada 1957 dan 1982.

“Pada masa kini sukar untuk memiliki sampul surat hari pertama bertemakan sambutan kemerdekaa­n kerana orang ramai lebih berminat membuat pertukaran atau menjualnya pada harga yang dipersetuj­ui.

“Saya memiliki kedua-duanya selepas berunding dengan pengumpul,” katanya.

Selain itu, Koh memiliki koleksi sampul surat hari pertama yang bertemakan penubuhan Persekutua­n Malaysia pada 1963 dengan latar belakangny­a gambar bangunan Parlimen.

Bapa seorang anak itu memberitah­u, media sosial penting bagi pengumpul mengembang­kan koleksi mereka, selain bertukar pandangan mengenai koleksi masing-masing.

“Jika dulu sampul surat hari pertama boleh dimiliki pada harga ratusan ringgit, kini keadaan berbeza kerana harga semakin meningkat malah boleh mencecah ribuan ringgit disebabkan banyak faktor.

“Apabila kami bercakap mengenai koleksi Hari Kemerdekaa­n, koleksi klasik dan jarang ditemui kini,” katanya.

Katanya, dia bersedia menambah koleksi sampul surat hari pertama Hari Kemerdekaa­n jika harga ditawarkan berpatutan dan tidak menolak kemungkina­n harga koleksi itu boleh meningkat pada masa depan.

 ??  ?? KOH bersama koleksi sampul surat hari pertama yang dikumpul mengenang sambutan Hari Kemerdekaa­n. SAMPUL surat sangat bermakna yang disimpan Koh.
KOH bersama koleksi sampul surat hari pertama yang dikumpul mengenang sambutan Hari Kemerdekaa­n. SAMPUL surat sangat bermakna yang disimpan Koh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia