Harian Metro

Bercakap biar cermat

„ ESSCOM pandang serius kenyataan pelakon filem PASKAL

- Suzianah Jiffar cnews@nstp.com.my

Pihak berkuasa Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memanggil pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Ia susulan kenyataan Hairul yang mendakwa dia dan Ammar hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambar­an filem itu di kawasan perairan Semporna, baru-baru ini.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali berkata, kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakam di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat di Ibu Pejabat ESSCOM,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, Hazani menyifatka­n kenyataan Hairul yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambar­an filem PASKAL sebagai tidak berasas.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambar­an filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon serta kru produksi disertai oleh pasukan keselamata­n terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta semua pihak berhati-hati membuat kenyataan terutama membabitka­n isu keselamata­n negara.

Sebelum ini, Hairul mendakwa dia dan Ammar nyaris menjadi sasaran lanun ketika penggambar­an filem PASKAL di Semporna, pertengaha­n tahun ini.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat di Ibu Pejabat ESSCOM

Datuk Hazani Ghazali

 ??  ?? HAIRUL (kanan) dan Ammar Alfian diarah ESSCOM beri keterangan.
HAIRUL (kanan) dan Ammar Alfian diarah ESSCOM beri keterangan.
 ??  ?? AKSI Hairul dalam filem PASKAL.
AKSI Hairul dalam filem PASKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia