Harian Metro

Amar tebus kekecewaan

-

Impian pelakon Amar Asyraf untuk membawa watak Raja Lumu dalam bangsawan Putera La

Galigo tidak kesampaian apabila pementasan yang sepatutnya berlangsun­g pada 16 Disember 2016 ditunda.

Bagaimanap­un, Amar,

33, gembira kerana dapat melunaskan impian berlakon teater bangsawan menerusi pementasan Puteri Saadong yang berlangsun­g di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC), baru-baru ini.

Dia melakonkan watak Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong lakonan Ellika Azman.

“Ia ibarat penebus kekecewaan terhadap bangsawan Putera La Galigo. Persediaan sudah dibuat tapi tiada rezeki untuk pementasan.

“Alhamdulil­lah pengarah Zack Zaideen beri kepercayaa­n buat saya berlakon dalam

Puteri Saadong yang persembaha­nnya berlangsun­g di Kelantan tahun lalu sebelum terpilih dalam program Semarak Bangsawan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

“Cuma barisan pelakonnya tak sama kerana kali ini saya berganding­an dengan pelakon lain,” katanya.

Menurutnya, beberapa penambahba­ikan juga dibuat oleh Zack tapi tidak memberi kesan kepadanya yang sudah memahami naskhah ini.

“Teater ini berasal dari Kelantan dan barisan pelakonnya berlatih di sana. Saya pergi sana hanya beberapa kali untuk berlatih.

“Apabila mereka datang ke sini, kami memang ‘all out’ buat latihan supaya peminat puas hati dengan apa yang ditampilka­n.

“Saya terpilih berlakon kerana kebetulan pengurus pentas sama-sama belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Dia yang mencadangk­an nama saya kepada Zack,” katanya.

Amar menafikan dirinya ‘demand’ dan dibayar mahal kerana dia sememangny­a meminati genre teater.

“Apa-apa saja perkara berkaitan teater, saya boleh bertolak ansur. Tambah lagi saya sendiri mengajar teater di Kolej Universiti Poly-

 ??  ?? AMAR bersama Ellika sebagai Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
AMAR bersama Ellika sebagai Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia