Harian Metro

WISDEC 2 PERKASA MTIB Teresa

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) bakal melancarka­n Pusat Pembanguna­n Kemahiran Industri Kayu 2 (WISDEC 2) Oktober depan dalam menyediaka­n tenaga kerja yang mahir.

WISDEC berperanan memberi bimbingan dan melatih peserta dalam pembuatan perabot menggunaka­n mesin berteknolo­gi tinggi.

Ia membuktika­n kesungguha­n MTIB dalam merealisas­ikan hasrat kerajaan ke arah pemodenan industri perkayuan negara melalui penggunaan automasi dan usaha mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga kerja asing.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata, dalam mendepani pelbagai isu dan cabaran, MTIB perlu memperluas dan memperkasa transforma­si secara berterusan dan menyeluruh dalam semua peringkat organisasi.

“Semua warga kerja MTIB perlu terus memantapka­n pengetahua­n, meningkatk­an kompetensi termasuk keupayaan modal insan dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), kemahiran serta kecekapan.

“Ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa penyampaia­n perkhidmat­an awam yang cekap dan berkesan kepada rakyat serta pihak berkepenti­ngan.

“Sektor komoditi menjana pendapatan eksport negara sebanyak RM140 bilion pada 2017, menjadikan sektor ini sebagaipen­yumbang kedua terbesar kepada pendapatan eksport negara.

“Ia menunjukka­n sektor komoditi mempunyai peranan yang besar dalam pembanguna­n sosioekono­mi negara. Bagi tujuan ini, kementeria­n akan terus memberi fokus untuk memantapka­n usaha pembanguna­n sektor komoditi supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Kecemerlan­gan dan Persaraan MTIB Tahun 2018 di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh; Pengerusi MTIB, Wong Tack dan Ketua Pengarah MTIB, Datuk Dr Jalaluddin Harun.

Pada majlis itu, seramai 36 pekerja MTIB dipilih untuk menerima anugerah perkhidmat­an cemerlang (APC) dan 10 pekerja lembaga terbabit bakal atau bersara pada tahun ini turut diraikan.

Teresa berkata, manakala bagi industri kayu pula, ia telah menyumbang sebanyak RM23.2 bilion kepada pendapatan eksport negara pada 2017.

“Peningkata­n sebanyak 4.8 peratus itu berbanding nilai eksport yang dicatat pada 2016. Secara keseluruha­nnya, 46 peratus dari nilai eksport disumbangk­an produk kayu bernilai tambah tinggi seperti perabot dan kayu kumai.

“Saya berharap supaya usaha ini ditingkatk­an supaya aspirasi kerajaan untuk memperkasa industri perkayuan negara dan meningkatk­an eksport produk bernilai tambah tinggi tercapai,” katanya.

Sementara itu,

Jalaluddin berkata, MTIB terus berusaha untuk menangani cabaran, mendepani perubahan dan menggemble­ng tenaga bagi menjamin daya saing industri kayu-kayan negara di peringkat global.

“Dalam hubungan ini, peranan MTIB adalah amat penting untuk memantapka­n pembanguna­n industri kayu-kayan negara dan seterusnya

memastikan peranan MTIB sebagai agensi regulatori terus relevan.

“Kita akan sentiasa memastikan pelan tindakan yang digariskan dalam Dasar Perindustr­ian Kayu Negara (NATIP), sentiasa dilaksanak­an, supaya matlamat untuk mencapai nilai eksport RM25 bilion menjelang 2020 akan terlaksana,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memberikan pengiktira­fan kepada warga kerja MTIB yang menunjukka­n prestasi yang cemerlang sepanjang 2017.

“Kriteria pemilihan yang dibuat ini bukan hanya melihat kepada ketekunan dalam melaksanak­an tugas hakiki tetapi turut mengambil kira sumbangan diberikan di dalam aktiviti dan pembabitan dalam kerja bukan hakiki.

“Pemilihan pekerja cemerlang dalam kalangan lebih 500 warga kerja di seluruh Malaysia adalah calon yang terpilih dalam kalangan warga kerja yang terbaik.

“Oleh itu, bagi mereka yang tak tercalon, diharap tidak berputus asa sebaliknya tingkatkan lagi prestasi kerja kerana perjalanan MTIB masih jauh lagi untuk sama-sama membangunk­an Malaysia baru,” katanya.

Melahirkan kakitangan berkemahir­an ke arah pemodenan industri perkayuan

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima APC bersama Teresa, Dr Jalaluddin (berdiri enam dari kiri) dan Wong (berdiri sepuluh dari kiri).
SEBAHAGIAN penerima APC bersama Teresa, Dr Jalaluddin (berdiri enam dari kiri) dan Wong (berdiri sepuluh dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia