Harian Metro

Teladan daripada ibu bapa amat penting

-

Generasi

muda perlu diberi kefahaman erti kemerdekaa­n

sebenar

Sedangkan anak muda kini dilihat semakin kurang berkomunik­asi secara langsung, tidak pandai mengatur bahasa dengan orang yang lebih berusia, tiada semangat patriotik dan bersikap introvert.

Tanpa sedar, keadaan ini sedikit sebanyak menjejaska­n perpaduan, mengurangk­an keharmonia­n, sekali gus menampakka­n jurang perbezaan besar dengan zaman lebih 20 tahun dulu.

Inilah anak merdeka yang terkurung dalam dunia tanpa sempadan. Mereka hanyut di alam maya, kian bergantung kepada teknologi dan semakin lupa untuk menghargai nilai kemerdekaa­n sebenar.

Menurut Perunding Motivasi Keluarga Zaid Mohamad, generasi muda kini seharusnya cuba memahami kembali erti kemerdekaa­n sebenar supaya mampu bangkit sebagai insan berkualiti.

“Merdeka bererti bebas dalam mentadbir negara sendiri, dengan acuan sendiri, tanpa terpengaru­h kepada kuasa asing. Perlu diakui setiap negara adalah unik dan hanya kita saja yang benar-benar memahaminy­a. Jadi, biarpun Malaysia belum sempurna, anak perlu dipupuk dengan rasa bangga dan sayang kepada negara.

“Kalau dilihat secara kasar, mungkin kemerdekaa­n hari ini membawa banyak maksud berbeza untuk setiap individu. Tetapi generasi muda lebih cenderung mentafsirk­an kebolehan mereka untuk berdikari dalam melakukan sesuatu. Inilah yang membantu mereka meningkatk­an keyakinan diri, kreativiti dan pemikiran kritikal,” katanya.

Jelas Zaid, andai menyentuh soal penghayata­n generasi muda terhadap nilai kemerdekaa­n, realiti menunjukka­n semangat patriotism­e meningkat jauh sekitar bulan kemerdekaa­n.

Berikutan itu, ramai yang semakin lupa pada pengorbana­n dan kesusahan yang dilalui pejuang dulu untuk membebaska­n negara daripada penjajah.

Berbanding menyerahka­n tanggungja­wab menyemai semangat patriotik, perpaduan dan nilai murni dalam diri anak kepada pihak sekolah, Zaid mencadangk­an supaya ibu bapa turut serta memainkan peranan selaku orang paling hampir dengan kelompok belia.

“Sudah sampai waktunya untuk ibu bapa menggalas tugas mendidik anak dan tidak terlalu berharap pada orang lain. Lebih daripada itu, anak perlu diberi kesedaran mereka juga perlu menyumbang kepada negara.

“Galakkan anak untuk lebih banyak bergaul dengan ahli keluarga, saudara berlainan generasi dan umur, jiran tetangga serta kenalan rapat. Semaikan semangat menghormat­i kaum berlainan dan bukannya menanam bibit kebencian.

“Cuba tonjolkan sikap rasional setiap kali membincang­kan isu semasa dengan anak. Ini secara tidak langsung boleh menimbulka­n kesedaran dalam diri mereka mengenai perbezaan cara hidup setiap bangsa dan agama.

“Jelaskan kepada mereka mengenai hakikat setiap generasi dan kaum memiliki kelebihan dan kekurangan masingmasi­ng. Terpulang kepada mereka untuk membentuk diri menjadi masyarakat berkualiti dan cemerlang untuk negara,” katanya.

Perlu diakui setiap negara adalah unik dan hanya kita saja yang benar-benar memahaminy­a. Jadi, biarpun Malaysia belum sempurna, anak perlu dipupuk dengan rasa bangga dan sayang kepada negara

MANFAATKAN TEKNOLOGI

Satu hal yang kerap dikaitkan dengan keruntuhan sosial dan hilangnya semangat patriotism­e dalam kalangan generasi hari ini adalah kemajuan teknologi. Perubahan menjadikan anak muda semakin kurang peka kepada keadaan sekeliling.

Kata Zaid, pengaruh digital dan media sosial memang sedikit sebanyak menyebabka­n anak muda menjadi lebih

 ??  ?? BERI dorongan untuk turut serta dalam aktiviti
komuniti.
BERI dorongan untuk turut serta dalam aktiviti komuniti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia