Harian Metro

Enam jahanam tumpas

-

Kuching: 6 Jahanam!

Itu gelaran yang layak diberikan kepada geng samun kedai runcit di sekitar daerah ini sejak sebulan lalu.

Namun kegiatan enam sahabat berusia 18 hingga 25 tahun itu berakhir selepas mereka ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di beberapa lokasi sekitar bandar ini.

Menurutnya, suspek dipercayai terbabit dengan kegiatan samun kedai runcit di Satok dan Jalan Matang, baru-baru ini.

Beliau berkata, suspek menyasarka­n kedai runcit 24 jam dan melakukan jenayah pada awal pagi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Suspek menyerbu kedai runcit dengan memakai topi keledar berpenutup penuh sebelum mengacukan pisau kepada juruwang. “Wang tunai dan barangan berharga menjadi sasaran suspek sebelum melarikan diri menggunaka­n motosikal,” katanya selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan IPD Kuching, di sini, semalam.

Ah Lek berkata, polis tidak menolak kemungkina­n ada lagi baki suspek yang ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunaka­n senjata.

Sementara itu, beliau berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuching menjalanka­n Ops Samseng bermula 1 Ogos hingga 20 Ogos lalu.

Katanya, sepanjang operasi itu, sebanyak 36 operasi dijalankan dengan 1,110 kenderaan diperiksa.

“Operasi trafik akan terus dijalankan secara konsisten bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang selain mengurangk­an masalah samseng jalanan,” katanya.

 ??  ?? AH Lek (kanan) mengetuai bacaan ikrar ketika menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching Siri 3/2018, di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.
AH Lek (kanan) mengetuai bacaan ikrar ketika menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching Siri 3/2018, di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia