Harian Metro

TRAGEDI BOLA HANYUT

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

“Lokasi kejadian adalah sebuah kolam tadahan air sedalam antara 2.7 hingga tiga meter dan tidak berpagar”

Norazam Shaari

Budak 10 tahun lemas dalam kolam tadahan air

Tindakan seorang kanak-kanak cuba mengambil bola dalam kolam tadahan air di belakang sebuah flat di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam di sini, membawa padah apabila dia ditemui lemas, kelmarin.

Mangsa, Eezender Neo Gaong, 10, ditemui lemas jam 11.25 malam ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superinten­dan Norazam Shaari berkata, mangsa berketurun­an Iban bersama lapan rakannya berusia antara lapan hingga 10 tahun bermain bola dan berenang dalam kolam berkenaan.

“Mangsa dan rakannya ke kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang. Dia dipercayai cuba mengambil bola yang hanyut ke tengah kolam.

“Lokasi kejadian adalah sebuah kolam tadahan air sedalam antara 2.7 hingga tiga meter dan tidak berpagar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Norazam berkata, polis menasihatk­an orang ramai tidak membiarkan anak bermain dan mandi di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua BBP Pasir Gudang Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.03 malam dan 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami terus melakukan SAR seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun seperti dilaporkan.

“Anggota menemui mayat mangsa kira-kira 10 meter dari tebing kolam lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya.

Ibrahim berkata, mayat kanak-kanak itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa mangsa, Eezender yang lemas di belakang sebuah flat di Jalan Suria
47, Bandar Seri Alam, kelmarin.
ANGGOTA bomba membawa mangsa, Eezender yang lemas di belakang sebuah flat di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia