Harian Metro

Gelabah motor ditunggang sah dicuri

-

Kuala Lumpur: Berpeluh muka sebaik motosikal ditunggang disahkan polis sebagai kenderaan curi.

Itu reaksi seorang remaja berusia 16 tahun sebaik ditahan dalam sekatan jalan raya Op Bersepadu Ambang Merdeka di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam.

Difahamkan, remaja terbabit menunggang motosikal Honda C70 dari Banting, Selangor ke ibu kota untuk meraikan sambutan ambang kemerdekaa­n bersama seorang rakan.

Operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu mendapati motosikal ditunggang suspek dilaporkan hilang bersabit laporan polis di Klang Utara, Selangor.

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superinten­dan Sarifudin Mohd Saleh berkata, operasi yang bermula jam 10.30 malam (kelmarin) bukan saja mengesan kesalahan trafik, juga memberi tumpuan terhadap aktiviti samseng jalanan serta jenayah melalui pasukan Risikan dan Operasi (RO) JSPT Kuala Lumpur.

“Ketika operasi, kami menahan seorang remaja berusia 16 tahun bersama seorang rakannya yang menunggang motosikal berasingan. Pemeriksaa­n mendapati remaja itu tidak mempunyai lesen dan menunggang motosikal dari Banting, Selangor.

“Pasukan RO yang membuat pemeriksaa­n terhadap nombor casis motosikal suspek mendapati ia dilaporkan hilang di Bandar Baru Klang pada 2011. Remaja yang tidak bersekolah dan mempunyai tatu di tangan itu mendakwa motosikal itu dibeli bapanya,” katanya.

 ??  ?? SARIFUDIN menunjukka­n motosikal yang disita ketika Op Ambang Merdeka, semalam.
SARIFUDIN menunjukka­n motosikal yang disita ketika Op Ambang Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia