Harian Metro

RINDUKU BERDOSA

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@nstp.com.my

„ Gadis kolej dari Selangor dicekup bersama pasangan di Melaka

Melaka

“Ya, saya ke sini untuk melepaskan rindu,” itu pengakuan berani seorang remaja perempuan ketika ditanya tujuannya ke Melaka selepas dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel di Batu Berendam di sini, semalam.

Gadis berusia 19 tahun yang juga pelajar sebuah kolej di Selangor itu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sempena Op Khas Ambang Hari Kebangsaan, kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurutnya, dia tiba di Melaka pada petang kelmarin sebelum mendaftar masuk ke hotel berkenaan untuk melepaskan rindu dengan pasanganny­a sebelum pulang semula keesokanny­a.

Katanya, dia hanya datang ke Melaka ketika waktu cuti semata-mata untuk bertemu dengan teman lelakinya yang juga pelajar kolej di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkua­saan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, dalam operasi khas itu seramai 14 individu ditahan selepas didapati bersekedud­ukan.

Beliau berkata, sebanyak tujuh hotel bajet di sekitar Batu Berendam yang sering menjadi kunjungan pasangan kekasih ditinjau sepanjang operasi khas itu bermula jam 11 malam hingga 2.30 pagi.

“Semua tujuh pasangan yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 48 tahun, turut membabitka­n seorang janda serta dua pelajar.

“Ketika pemeriksaa­n dilakukan pasangan ini gagal mengemukak­an sebarang dokumen sah mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mengaku hanya pasangan kekasih,” katanya.

Rahimin berkata, pelbagai alasan diberikan, antaranya hanya singgah di hotel untuk berehat sebelum pulang ke rumah.

“Seorang pemuda berusia 23 tahun yang bertongkat kerana patah kaki kanan memberi alasan singgah untuk berehat.

“Katanya selepas teman wanitanya akan menghantar­nya pulang yang terletak tidak jauh dari hotel berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan dan rakaman percakapan.

“Mereka akan disiasat mengikut Sekyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berkurung mendatangk­an syak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia