Harian Metro

80 ‘HOTSPOT’ UBAT HARAM

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

„ Kementeria­n Kesihatan kenal pasti lokasi jual ubat tak berdaftar di seluruh negara

Lokasi perniagaan sekitar Jalan Silang di sini, dikenal pasti Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) antara 80 kawasan seluruh negara yang tegar menjual produk tidak berdaftar.

Ketua Pengarah Kementeria­n Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengulas berhubung pendedahan akhbar Harian Metro terhadap kegiatan penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar selain kewujudan doktor Bangla di kawasan itu pada 23 Ogos lalu.

Menurutnya, KKM memandang serius pendedahan Harian Metro berhubung aktiviti perniagaan ubat-ubatan tidak berdaftar dilakukan warga Bangladesh di lokasi ‘mini Dhaka’ itu.

“Di bawah Pelan Strategik Program Farmasi 20172020, kawasan itu adalah antara 80 kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan penjualan produk tidak berdaftar di seluruh negara.

“Pelan tindakan itu menyasarka­n kawasan yang dikenal pasti di seluruh Malaysia bebas daripada penjualan produk tidak berdaftar menjelang tahun 2020,” katanya.

Menurutnya, susulan tindakan penguatkua­saan dijalankan sebelum ini, premis tegar menjual produk tidak berdaftar di seluruh negara menurun 63.3 peratus pada tahun lalu.

“Dalam serbuan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) KKM di Jalan Silang, Selasa lalu, 10 premis yang disyaki digunakan menjual ubat tidak berdaftar kepada warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) diambil tindakan.

“Kawasan itu tumpuan membeli-belah warga asing terutamany­a warga Bangladesh dan kebanyakan pembeli ubat tidak berdaftar ini dalam kalangan warga Bangladesh,” katanya.

Noor Hisham berkata, 280 ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai lebih RM200,000 dirampas.

“Ubat tidak berdaftar yang dirampas disyaki mengandung­i racun berjadual seperti ubat antibiotik

ubat penahan sakit (injeksi injeksi dan ubat penenang (injeksi katanya.

Beliau berkata, premis perniagaan itu pernah diambil tindakan penguatkua­saan pada tahun 2016 dan 2017.

“Selain itu, Bahagian Penguatkua­saan Farmasi (BPF) turut giat menjalanka­n pemantauan secara berterusan dengan kerjasama pihak Kastam DiRaja Malaysia melalui aktiviti pemeriksaa­n dan penyaringa­n semua produk kesihatan di semua pintu masuk bagi mengawal kemasukan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM ke dalam pasaran Malaysia.

“Penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan mengikut Peraturan 30(1) peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

“Pengambila­n ubat yang mengandung­i racun berjadual sebagai ubat terkawal oleh orang awam juga mestilah melalui diagnosis seorang pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan atau dibekalkan oleh seorang ahli farmasi berlesen dengan preskripsi yang sah.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Pihak kementeria­n menasihatk­an orang ramai supaya memastikan produk yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang berkuatkua­sa.

 ??  ?? NOOR Hisham
LAPORAN Harian Metro 26 Ogos lalu.
NOOR Hisham LAPORAN Harian Metro 26 Ogos lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 23 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 23 Ogos lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia