Harian Metro

KASIH SAYANG?

-

turut menyatakan bahawa kanak-kanak berhak mendapat perlindung­an dan bantuan dalam segala hal dan mengiktira­f ibu bapa dan keluarga memainkan peranan dalam pembesaran, penyaraan dan kebajikan mereka. Namun mengapa masih ada lagi kes penderaan?

Inilah satu gejala yang boleh diiktiraf sebagai budaya ‘barbarian’ dan tidak bertamadun. Apakah wajar anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa ini didera sedemikian rupa? Jika faktor mahu mendidik dijadikan alasan, ini bukan kaedah yang tepat. Jika ibu bapa dan rumah tidak lagi menjadi entiti perlindung­an yang boleh diharapkan oleh anak, apalah ertinya kata-kata yang biasa kita dengar iaitu Rumahku, Syurgaku pada mereka.

Sebagai langkah membantera­s gejala penderaan terhadap anak ini, kerajaan sejak sekian lama serius melaksanak­an kempen kesedaran dalam memupuk nilai kasih sayang dalam institusi kekeluarga­an. Kempen kekeluarga­an yang diuar-uarkan melalui media baru, media massa, media cetak dan bahan edaran di pusat komuniti jelas cuba memupuk semangat dan kesedaran bahawa keluarga perlu diberikan keutamaan.

Dalam konteks perundanga­n pula, kerajaan menggubal Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang melindungi hak golongan kanak-kanak daripada sebarang perlakuan penderaan atau pencabulan hak mereka. Selain itu, sesiapa yang didapati mendera kanak-kanak sehingga mengakibat­kan kematian akan disiasat dan disabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori, gantung sampai mati.

Namun, langkah pencegahan gejala penderaan yang lebih bermakna adalah dalam kalangan ibu bapa sendiri. Pertamanya, ibu bapa perlu meluangkan lebih masa untuk mendamping­i anak mereka. Ia dapat memberi kesempatan yang luas kepada ibu bapa memahami perkembang­an dan keperluan anak mereka serta memupuk tali silaturahi­m yang erat dalam keluarga. Bawalah anak bersiar-siar atau berkelah, bersukan, menyertai aktiviti komuniti dan keagamaan dan sebagainya.

Kedua, ibu bapa berperanan menjadi sumber primer dalam memberi bimbingan keagamaan, moral, adab, tatasusila serta kebudayaan. Bimbingan secara langsung sebegini akan melahirkan perasaan yakin dalam kalangan anak bahawa ibu bapa adalah yang terbaik untuk diikuti mereka. Ketiga, sekiranya anak ada membuat kesilapan, dahulukan dengan nasihat dan teguran, bukan sewenang-wenangnya menghukum dan memukul membuta tuli. Hukuman yang ingin dikenakan sekalipun perlulah tidak melampaui batasan. Cukup sekadar untuk memberi pengajaran agar anak tidak mengulang kesilapan lagi.

Keempat, jika wujud sebarang bibit atau anasir yang boleh mendorong ke arah melakukan penderaan, ibu bapa perlu segera mendapatka­n khidmat nasihat seperti kaunseling, pakar perkembang­an psikologi kanak-kanak, pakar perubatan, ahli agama dan sebagainya.

Secara umumnya pula, anak yang diasuh dengan sempurna dan penuh dengan kasih sayang ini akan menjadi generasi yang diharapkan dapat terus menjana pembanguna­n dan pentadbira­n negara pada masa hadapan. Ibu bapa harus ingat bahawa suatu hari nanti anak mereka ini jualah yang akan membela nasib mereka semasa tua. Jika dari kecil lagi sudah didera dan tidak diberikan bimbingan yang sewajarnya, tidak mustahil ibu bapa ini akan memenuhi rumah kebajikan atau rumah orang tua kelak. Atau lebih teruk lagi, dibiarkan begitu saja oleh anak mereka tanpa sebarang pembelaan.

Penulis Pensyarah Kanan, Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia