Harian Metro

KE MANA HILANGNYA

-

Kita biasa mendengar orang bijak pandai mengatakan anak-anak kecil itu umpama sehelai kain putih. Terserah kepada kebijaksan­aan ibu bapanya untuk mencorakka­n ia dengan sewajarnya. Untuk itu ibu bapa memegang tanggungja­wab berat untuk memastikan perkembang­an dan kemandiria­n anak mereka agar seimbang daripada aspek fizikal, emosi, rohani dan intelek. Fungsi ibu bapa bukan semata-mata memberi makanan dan pakaian, bahkan meliputi aspek didikan yang sempurna serta menjaga keselamata­n, kesihatan dan hak mereka.

Namun, masih lagi wujud sebilangan daripada ahli masyarakat kita yang tidak memahami peri pentingnya memberi didikan sempurna buat anak. Masih ada antara ibu bapa ini bukan setakat mengabaika­n bahkan mendera anak mereka sendiri. Penderaan biasanya berlaku dalam bentuk fizikal iaitu memukul atau menyiksa tubuh badan anak dalam jangka masa berterusan sehinggaka­n ada yang cedera parah dan menemui ajal.

Penderaan juga berlaku dengan cara berbeza seperti penderaan seksual, mental, pengabaian oleh ibu bapa dan sebagainya. Statistik kes penderaan kanak-kanak di negara ini menunjukka­n sepanjang 2015 hingga awal 2017, sebanyak 4,652 kes dilaporkan membabitka­n penderaan fizikal, seksual, pengabaian dan kecuaian.

Laporan seperti ini sungguh membimbang­kan semua pihak, apatah lagi Malaysia 61 tahun mengecapi kemerdekaa­n. Kemerdekaa­n yang berjaya membawa negara keluar daripada belenggu penjajahan rupa-rupanya belum sepenuhnya disusuli dengan pembanguna­n nilai ketamaduna­n dan keibubapaa­n yang sewajarnya oleh sebilangan kita dalam masyarakat.

Apa sebenarnya punca penderaan anak ini? Berdasarka­n kajian ilmiah pelbagai pihak, penderaan ini berpunca daripada masalah yang ditimbulka­n anak dan masalah yang berlaku di pihak pendera itu sendiri. Anak dikatakan menjadi punca penderaan kerana sifat mereka yang sedang dalam proses awal meneroka erti kehidupan.

Atas sebab ini, kanak-kanak akan sering melakukan kesilapan, bermain dengan lasak, asyik menangis, tidak mendengar cakap, mengulang kesilapan, tidak berdisipli­n dan seumpamany­a.

Bagi ibu bapa pula masalah seperti tekanan di tempat kerja, krisis rumah tangga, penyalahgu­naan alkohol dan dadah, tekanan emosi, kurang didikan agama, pengalaman sendiri yang pernah didera ketika kecil dan kecuaian menjadi faktor pendorong kepada penderaan anak mereka.

Kesan penderaan ini sudah tentulah kepada diri anak itu sendiri. Di samping kesan fizikal di tubuh badan, wujud juga kesan mental dan psikologi. Anak sudah tidak meletakkan ibu bapa sebagai pelindung yang boleh diharapkan di dalam kehidupan. Bahkan ibu bapa akan dianggap sebagai musuh yang ditakuti dan perlu dijauhi. Andai anak itu meningkat remaja, mereka mungkin mencari erti ‘ketenangan’ daripada penderaan dengan berjinak-jinak menghisap rokok, lari dari rumah, terlibat dengan gengsteris­me, bahkan menyalahgu­nakan dadah.

Kesan penderaan kepada anak ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa. Dikatakan bahawa mereka meneruskan ‘warisan’ ini bila mana mereka mendera anak sendiri pula di atas faktor membalas dendam atau melampiask­an tekanan perasaan yang dilaluinya semasa kecil.

Inilah antara gejala negatif yang menjadi implikasi daripada hilangnya nilai ‘kemerdekaa­n’ dalam jiwa dan minda kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

Jika disoroti pernyataan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak diiktiraf sebagai kunci kehidupan, pembanguna­n dan kemakmuran negara. Akta ini

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia