Harian Metro

Lapan syarat haruskan solat qasar

-

Mengetahui kaifiat dan cara solat qasar.

2. Bolehkah dijamak antara solat tamam dengan solat qasar. Contohnya, solat Zuhur dilakukan secara tamam iaitu sebanyak empat rakaat dan dijamakkan dengan solat Asar namun dilakukan secara qasar iaitu dua rakaat saja?

Harus bagi orang musafir jamak solat tamam dengan qasar. Boleh juga jika mereka hendak melakukan solat jamak dan qasar kedua-duanya dan boleh juga melakukan solat jamak secara tamam keduaduany­a.

3. Seorang musafir hanya berniat untuk mentakhirk­an solat Zuhur kepada waktu Asar tanpa niat jamak atau langsung tidak berniat dalam waktu pertama untuk jamak takhir sama ada sengaja atau terlupa. Apakah hukumnya?

Memadai niat mentakhirk­an solat untuk dikerjakan pada waktu yang kedua walaupun tidak berniat jamak.

Tetapi sekiranya dia tidak berniat untuk jamak takhir dalam waktu pertama, jika solat itu dilakukan dengan sengaja, maka ia dikira berdosa dan wajib qada solat Zuhurnya.

Sekiranya berlaku kerana terlupa, maka tidak berdosa tetapi wajib qada solat Zuhurnya.

4. Harus bagi seseorang melakukan jamak takdim (iaitu bagi mereka yang sentiasa melazimkan diri ke masjid atau surau) kerana hujan lebat apabila mencukupi syaratnya.

Persoalann­ya, adakah diharuskan untuk melakukan jamak takhir dan bagi orang yang sakit, adakah diharuskan dia melakukan jamak takhir?

Dia hanya diharuskan melakukan jamak takdim saja. Adapun jamak takhir tidak diharuskan.

Tidak diharuskan kepada orang sakit solat jamak (sama ada takdim atau takhir) kecuali jika dia jatuh sakit ketika musafir, harus dia jamak sama ada takdim atau takhir.

Sumber: Furu’ alMasa’il wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana Daud bin Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia