Harian Metro

POLIS JADI PENYAMUN

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Salah guna kuasa rompak warga Myanmar

Seorang konstabel polis menggunaka­n kuasanya untuk menyamun tiga warga asing di rumah sewa mangsa di Taman Sri Sinar Segambut di sini, Isnin lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan jenayah anggota polis itu bersama seorang rakannya tidak bertahan lama apabila mereka diberkas pada hari sama.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 7 pagi itu tiga lelaki warga Myanmar berada di dalam rumah sewa berkenaan.

Katanya, kedua-dua suspek yang bersenjata­kan pistol dan pisau masuk ke rumah lalu mengikat mangsa.

“Seorang daripada suspek mengacu pistol dan memperkena­lkan diri sebagai polis. Seorang lagi suspek bertindak menggeleda­h bilik mangsa sebelum melarikan dua telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM2,300.

“Difahamkan, ketiga-tiga mangsa tidak mengalami kecederaan dan mereka membuat laporan di Balai Polis Kepong,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, hasil maklumat diterima polis menahan kedua-dua suspek berusia 30-an yang menaiki motosikal Yamaha LC di tepi Jalan Dutamas Seroja, Taman Segambut di sini, pada hari sama.

“Pemeriksaa­n terhadap suspek mendapati seorang daripada mereka adalah konstabel polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan manakala suspek kedua bekerja sebagai mekanik.

“Polis turut merampas pistol dan empat peluru dalam tangkapan itu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi di sini, semalam, mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian namun beliau enggan mengulas lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia