Harian Metro

Tetap jadi pilihan orang ramai

-

Putrajaya: Menjelang malam, Karnival GegaRia terus menerima kunjungan orang ramai walaupun terdapat acara lain di kawasan berhampira­n.

Pengunjung dari Ipoh, Perak, Nur Akmatul Asyikin Mustapa Kamal, 28, berkata, dia teruja untuk hadir apabila mendapat tahu Karnival Gegaria diadakan di sini.

“Saya datang ke sini untuk bercuti di rumah ibu saudara sambil menyaksika­n perarakan Hari Kebangsaan dan apabila mendapat tahu Karnival GegaRia diadakan di sini, saya tidak sabar untuk datang.

“Sebelum ini, saya sering menyaksika­n iklan karnival ini di televisyen. Kali ini saya dapat hadir dan pastinya rasa gembira untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Sementara itu, pengunjung dari Nilai, Negeri Sembilan, Mohamad Ashiq Solehin Zainal, 24, berkata, ini kali kedua dia menghadiri Karnival GegaRia dan akan terus menyokong karnival berkenaan.

“Saya suka penganjura­n karnival ini kerana aktiviti dianjurkan sangat menarik terutamany­a untuk golongan muda seperti saya.

“Himpunan gerai peniaga juga sangat menarik. Karnival ini turut membantu melariskan perniagaan mereka.

“Selain itu, persembaha­n konsert dan kehadiran ramai artis juga memberi peluang kepada orang ramai untuk lebih mengenali artis kesayangan mereka secara lebih dekat,” katanya.

Karnival GegaRia berlangsun­g tiga hari bermula semalam hingga Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia