Harian Metro

GIGIL DIACU PISTOL

- Raja Noraina Raja Rahim dan Khairul Najib Asarulah Khan cnews@nstp.com.my

„ Empat perompak larikan barang kemas bernilai RM367,000

“Saya terkejut bila seorang lelaki mengacukan pistol dan mengarahka­n saya diam serta masuk semula ke dalam kedai,” kata Hafsah Mohd Dzahir, 18, yang menyaksika­n kejadian rompakan kedai emas di sebuah pasar raya di Senawang di sini, malam kelmarin.

Hafsah berkata, ketika itu dia bersama dua rakan sedang bekerja di kedai menjual cermin mata sebelum melihat empat lelaki bertopi keledar meluru ke arah kedai emas bersebelah­an premisnya pada jam 8.10 malam.

“Selepas itu, saya dan rakan mendengar orang menjerit lalu keluar untuk melihat apa yang berlaku tetapi seorang daripadany­a mengacukan pistol ke arah kami manakala penjenayah lain sudah berada di dalam kedai emas.

“Saya menggigil dan menangis kerana takut. Saya

hanya duduk bersembuny­i di dalam kedai dan tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, kejadian berlaku sebaik pemilik kedai emas itu keluar ke tandas dengan meninggalk­an adik perempuann­ya menjaga premis dan penjenayah mengambil masa beberapa minit saja untuk melakukan rompakan.

Dia yang masih terkejut dengan kejadian itu percaya semua penjenayah adalah lelaki tempatan berdasarka­n suara mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, siasatan mendapati empat suspek bersenjata pistol, sebilah pisau dan kuku kambing merompak kedai emas berkenaan.

Menurutnya, suspek mengambil barang kemas yang dianggarka­n bernilai RM367,000 sebelum melarikan diri dengan kenderaan.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian.
HAFSAH melakonkan aksi ketika insiden rompakan.
ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian. HAFSAH melakonkan aksi ketika insiden rompakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia