Harian Metro

Tiada kaitan komen negatif

Alessia menulis lagu Growing Pains sebelum berlangsun­gnya Grammy Awards 2018

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Antara ramai-ramai bintang pop pujaan dunia sekarang, Alessia Cara satu-satunya paling kurang dihambat kontrovers­i.

Alessia, 22, yang berasal dari Kanada terus membuktika­n perjuangan­nya dalam bidang muzik bersandark­an kepada bakat semata-mata. Dia jarang dikaitkan dengan sebarang kisah panas melainkan muziknya.

Bagaimanap­un, awal tahun ini mengubah perjalanan karier seninya selepas memenangi trofi Artis Baru Terbaik pada Grammy Awards 2018.

Menewaskan calon kegemarant­ermasuk Khalid, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan kemenangan­nya.

Alessia ketika ditemu bual Bling! baru-baru ini berkata, dia mengakui sedikit terkesan dengan insiden itu. Namun, dia bersyukur kerana perkara itu menjadikan dia lebih kuat dan terus positif.

“Sakit juga apabila mengetahui orang tidak sukakan kita. Bagaimanap­un, saya ambil ia sebagai pengajaran yang berharga untukterus­majudengan semangat positif,” katanya.

Kini rancak mempromosi­kan lagu barunya berjudul

Growing Pains, ramai mengandaik­an Alessia menulis lagu itu selepas insiden berkenaan.

Lagu berkenaan seakan-akan ada kaitan dengan kesakitan yang dialaminya gara-gara komen negatif dilemparka­n terhadapny­a.

Alessia tidak menolak insiden itu sedikit sebanyak mempengaru­hi penulisan lagu itu. Namun,diamenafik­an lagu berkenaan ditulis khas mengenai episod duka itu.

“Saya tulis Growing Pains bukan disebabkan insiden itu. Saya mula mengarang sebelum berlangsun­gnya Grammy Awards.

“Saya sebenarnya mahu bercerita mengenai kesakitan yang mencengkam diri dari semasa ke semasa. Saya menulisnya mengikut peredaran emosi apabila pada satu tahap saya hilang rasa terhadap banyak perkara disebabkan terlalu sibuk bekerja.

“Sampai satu masa,

saya memutuskan untuk tulis mengenainy­a dan kongsikan kepada dunia. Itu saja cara untuk membuat pengakuan sambil melepaskan kesakitan itu. Saya mahu semua orang tahu kita berdepan penderitaa­n masing-masing dan itu perkara normal,” katanya.

Akui agak tertekan hasilkan album baru

Pada awal kemunculan­nya dulu, Alessia mendapat perhatian selepas lagunya termasuk Wild Things dan Scars To Your Beautiful mendapat pujian.

Album pertamanya berjudul Know-It-All ternyata menjadi dan berjaya.

Disebabkan itu, penyanyi berkenaan mengakui sedikit tertekan untuk menghasilk­an album seterusnya. Kini dalam proses untuk menyiapkan album kedua, dia bagaimanap­un tidak mahu dibelenggu tekanan itu.

“Memang ada sedikit tekanan untuk hasilkan album kedua apatah lagi ramai yang menantikan karya saya. Berbanding album pertama dulu, tiada apa perlu dibimbangk­an ketika itu.

“Namun, rasa seronok lebih mengatasi semuanya apabila mendapat tahu peminat memang menantikan album itu.

Jadi, saya tidak mahu terlalu fikirkan tekanan itu sebaliknya lebih teruja menganggap­nya sebagai lembaran baru dalam kerjaya,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai album akan datang itu, Alessia berkata, lagunya lebih matang. Dia juga mahu kekalkan konsep lagu yang menyuntik motivasi kepada pendengar.

“Sesiapa juga yang suka dan tahu muzik saya, pasti akan lebih suka album itu. Saya boleh katakan album lebih matang daripada lirik dan muziknya serta kali ini lebih terbuka.

“Liriknya kebanyakan berat namun saya seimbangka­n dengan rentak yang lebih ringan. Ia memberikan pendengar harapan, menaikkan semangat, menenangka­n kita dan memotivasi­kan diri,” katanya.

Dalam pada rancak mengembang­kan karier muziknya, Alessia bersyukur dia dapat melihat transisi yang bagus dalam hidupnya.

“Beberapa tahun kebelakang­an ini, transisi besar berlaku dalam diri saya. Saya cuba berusaha mencari diri saya yang sebenar di luar bidang muzik.

“Saya banyak bersendiri­an dan ketika itulah saya lebih mengenal diri. Saya dapati ia adalah cabaran harian yang ditempuhi semua orang iaitu mencari apa yang kita mahu dalam hidup,” katanya.

Banyak menghasilk­an lagu yang bukan berunsur percintaan, Alessia rupanya ragu-ragu untuk berkongsi lagu cinta dalam arkibnya.

“Sebenarnya saya banyak tulis lagu cinta berbanding lagu yang saya lancarkan untuk pendengar. Tapi saya bimbang ia terlalu peribadi dan tidak berani kongsikann­ya.

“Semestinya saya akan lebih terbuka untuk menulis lagu cinta jika mengalamin­ya sendiri nanti. Konsepnya masih sama, saya akan tulis apa saja yang berlaku dalam hidup dan benar-benar berlaku kepada saya,” katanya.

Saya menulisnya mengikut peredaran emosi apabila pada satu tahap saya hilang rasa terhadap banyak perkara disebabkan terlalu sibuk bekerja

alessia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ALESSIA tampil dengan single baru Growing
Pains.
ALESSIA tampil dengan single baru Growing Pains.
 ??  ?? GEMBIRA alami transisi besar dalam
diri.
GEMBIRA alami transisi besar dalam diri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia