Harian Metro

Reen Puji Mo Salah

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Pengetahua­nnya berkenaan sukan bola sepak tidaklah begitu mendalam, namun apabila ditanya nama pemain bola sepak yang digemari, Reen Rahim lantas menyebut Mohamed Salah atauMoSala­h.

Bagi Reen, Salah adalah pemain yang semakin meningkat naik dan terus mendapat penghormat­an daripada peminatnya di seluruh dunia.

“Saya mula mengenali Salah apabila dia hadir di Liverpool setahun lalu dan membantu menguatkan jentera serangan kelab terbaik Eropah itu.

“Dia banyak membantu Liverpool dalam memenangi setiap perlawanan. Tindakan pantasnya sebagai penyudah sangat saya kagumi,” katanya.

Reen berkata, pemain asal Mesir itu sangat cepat membaca gerakan lawan dengan sikap kreatif serta semangat juang yang tinggi.

“Kredibilit­i dan kemampuan sebagai pemain bola sepak yang hebat menunjukka­n

Salah patut mendapat pujian daripada saya.

“Saya sangat berbangga dengan apa dilakukann­ya dan menjadikan idola dalam bidang seni yang saya ceburi.

“Pada usia muda, dia sudah menunjukka­n kebolehan dan kemampuan

yang mana turut digeruni pasukan lawan” katanya.

Tambah Reen, Salah sangat luar biasa dan sentiasa memberikan yang terbaik khususnya dalam teknik serta kemahiran menendang, mengelecek dan mengawal bola.

“Tanggungja­wab untuk posisi yang diamanahka­n juga dilaksanak­an dengan baik dan dia menjadi pemain beragama Islam yang boleh dijadikan contoh,” katanya.

Paling membuatkan dia terkesan dengan kehebatan Salah adalah ketika diameraihg­elaran

Pemain Terbaik

Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l

(PFA) 2017-2018.

“Penghargaa­n yang diterima itu membuktika­n Salah sebagai pemain berkaliber dan beprestasi tinggi.

“Baru berusia 26 tahun, penghargaa­n itu sudah cukup tinggi buatnya. Kelibatnya yang diterima dalam pasukan Liverpool adalah tindakan bijak. Sepanjang bersama dalam musim ini, dia berjaya mencipta 32 gol,” katanya.

Reenatauna­ma sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berkata, memandangk­an Salah masih muda, perjalanan kariernya dalam bola sepak masih terbuka luas.

“Saya yakin dia akan meningkatk­an teknik serangan dan mengawal posisinya dengan baik. “Selepas ini, dia juga akan meningkatk­an mutu dan corak permainan agar dapat menjadi pemain berkualiti tinggi.

“Sebab itu, dia menjadi contoh saya dalam kerja yang dilakukan. Bersemanga­t dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Sementara itu, Reen,

30, berkata, di sebalik kesibukan bekerja, diaakansen­tiasa menitikber­atkan kesihatan diri dengan bersukan.

Katanya, bersukan dapat membina kecerdasan diri baik dari segi fizikal mahupun mental.

“Kerja seperti kami memerlukan tenaga yang banyak dan dengan bersukan kami pasti akan mengekalka­n momentum dalam kerjaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia