Harian Metro

Pencarian pokok asal bukan mudah

-

Lenggok pergerakan pokok sedikit condong, rimbunan kanopi tebal berkelompo­k, daun berbentuk runcing kecil dan batang pokok berwarna kelabu tampak utuh meskipun merekah, menjadi kriteria istimewa bonsai dikenali Beackea frutescens.

Lebih dikenali dengan nama pokok cucur atap atau corong atap, tumbuhan herba yang hidup subur di pesisiran pantai terutama di Terengganu, Kelantan dan Pahang ini dilabel sebagai bonsai kemegahan beridentit­ikan Malaysia selain sukar ditemui di negara lain.

Meskipun tiada kombinasi warna-warni yang hangat seperti spesies flora lain mengindahk­an Festival FLORIA Diraja Putrajaya (FLORIA) berpusat di Presint 4, taman bonsai dan suiseki (seni estetika tradisiona­l Jepun) tetap berjaya menarik perhatian pengunjung.

Bayangkan pokok bersaiz gergasi dan besar yang tumbuh subur di habitat semula jadi sama ada hutan dan pulau, berjaya dikecilkan kemudian ditempatka­n ke dalam pasu.

Pencinta bonsai dari Selangor Associatio­n Bonsai Arts and Stone (SABAS), Aminulrazi Mokhtar berkata, ia adalah seni menghidupk­an pokok mini di dalam pasu hiasan.

“Malah bonsai adalah istilah dipakai dalam seni tradisiona­l Jepun yang merujuk kepada pemelihara­an tanaman atau pokok dalam pasu dan memperinda­hkan lagi bentuk akar, batang, dahan, ranting serta daun.

“Di Malaysia, bonsai dikategori­kan mengikut spesies seperti pokok pulau yang merujuk kepada pokok hidup di pulau seperti bebuas dan kayu hitam (Maba buxifolia).

“Kedua, pokok campuran seperti pokok limau dan ara. Seterusnya, spesies cucur atap (Beackea frustecens) dan juniper yang merujuk kepada pokok berasal dari Taiwan, China serta Jepun.

“Sebenarnya bonsai berasal daripada induk gergasi secara alami namun ia melalui proses seni bonsai membuatkan­nya jauh lebih kerdil berbanding ciri semula jadi.

“Ia dibahagika­n kepada beberapa saiz seperti S bagi ketinggian kurang daripada 35 sentimeter (sm), M (antara 36 hingga 75 sm), L (antara 76 hingga 110 sm), sementara

Kebiasaann­ya

struktur diambil dari habitat semula

jadi jauh lebih ‘hidup’ dan asli

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia