Harian Metro

Penjagaan tulang belakang ketika tidur

-

Cyrstal, Sapphire dan Diamond, tiga variasi tilam koleksi King Koil Prince terbaru yang mampu memberi keselesaan serta fokus pada penjagaan tulang belakang.

Pelancaran koleksi King Koil Prince diadakan pada 19 Ogos lalu, di Courts Setapak, Kuala Lumpur turut disertai duta selebriti yang juga Prince of King Koil, Fattah Amin bagi sesi bertemu peminat.

Pengurus Besar Kanan King Koil Malaysia Cheng Kai Hin berkata seiring dengan pelantikan Fattah Amin sebagai duta terbaru, pihaknya yakin jenama

King Koil akan lebih dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kerjasama antara King Koil, Fattah Amin dan Courts akan merancakka­n industri katil dan tilam di Malaysia.

“Jenama King Koil dan Fattah Amin memiliki banyak persamaan daripada segi kualiti, tarikan, populariti serta permintaan daripada pengguna.

“Koleksi King Koil

Prince adalah generasi tilam baru yang menitikber­atkan faktor penjagaan tulang belakang bersesuaia­n dengan status King Koil sebagai peneraju pasaran tilam di Malaysia sepanjang tiga dekad lalu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sebagai pengguna setia King Koil, Fattah Amin mengakui tidur yang berkualiti dengan sokongan penjagaan tulang belakang penting dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Komersil Courts Malaysia Low Bee Yin berkata peluang menjadi rakan kongsi King Koil memberi peluang unik kepada pelanggan untuk bertemu selebriti berkenaan.

Pada masa sama, ia menjadi komitmen Courts untuk menawarkan produk berkualiti kepada pelanggan dengan tawaran dan hadiah menarik.

Bersempena pelancaran koleksi King Koil Prince, setiap pembelian produk ini, pelanggan berpeluang menerima bantal percuma yang ditandatan­gani Fattah Amin secara eksklusif di cawangan Courts terpilih.

 ??  ?? FATTAH menyampaik­an hadiah kepada peminat pada sesi pelancaran koleksi King Koil Prince.
FATTAH menyampaik­an hadiah kepada peminat pada sesi pelancaran koleksi King Koil Prince.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia