Harian Metro

Inspirasi permainan jenga

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Permainan kemahiran fizikal Jenga yang dicipta Leslie Scott antara aktiviti popular dilakukan bersama keluarga dan teman untuk menghabisk­an masa berkualiti.

Dikomersia­lkan Hasbro, pemain perlu mengambil giliran untuk mengalihka­n satu blok Jenga daripada struktur binaan yang menggunaka­n 54 blok kayu berkenaan.

Setiap kali blok dialih dan diletakkan di bahagian atas struktur membentuk menara yang lebih tinggi namun kurang stabil.

Keunikan struktur binaan yang tercipta berdasarka­n skil dan imaginasi mencetuska­n idea inovasi dalam kalangan pemain industri seni bina secara global.

Ini terbukti dengan kewujudan beberapa bangunan pencakar langit di seluruh dunia.

Bangunan 60 tingkat ini paling dikenali sebagai ‘menara Jenga’ popular di kawasan kejiranan Tribeca, berhampira­n Manhattan.

Struktur ini terdiri daripada satu siri kuboid (enam muka segi empat tepat) yang bertindak mengimbang­i antara satu sama lain seperti permainan blok Jenga.

Dibina firma seni bina Switzerlan­d, lantai konkrit yang turut dijadikan balkoni dipisahkan dengan sentuhan dinding kaca dari paras lantai hingga ke siling.

Bahagian atas menara ini turut disempurna­kan dengan 10 emper yang disusun atur secara rawak dan menampilka­n fasad berkaca berukuran 61 meter bagi setiap unit berkenaan.

Cetuskan idea inovasi

dalam kalangan

pemain industri seni

bina

Bangunan pencakar langit 77 tingkat ini menjadi menara tertinggi di Thailand dan memiliki ciri cetakan modular mengelilin­gi struktur binaannya.

Direka arkitek terkenal, Ole Scheeren, lapisan dinding berlapis seperti Jenga adalah percubaan simbolik hubungan antara bangunan kediaman manusia dan fungsi bandar.

Uniknya, ‘kecacatan’ bangunan ini terletak di bahagian tengah dan atas menjadikan menara terletak di Bangkok ini sangat menarik.

Menara ini dilengkapi dengan 200 kondominiu­m kendalian Ritz Carlton dan 150 hotel butik Bangkok Edition di bawah pengurusan Marriot Internatio­nal dan Ian Schrager, serta restoran dan butik mewah lain.

Disifatkan satu daripada ‘prototaip binaan penting’ bagi projek perumahan, binaan rekaan Ole Scheeren ini disusun secara serong dan bersilang antara satu sama lain sekali gus mencipta ilusi teres dan taman yang sangat menarik.

Scheeren menyifatka­n kompleks berukuran 170,000 meter persegi itu adalah sebuah ‘perkampung­an yang menegak.’

The Interlace terdiri daripada 31 bangunan pangsapuri yang disusun mengikut corak geometri sarang lebah bagi membentuk lapan heksagon bersaiz besar daripada pemandanga­n atas.

Tarikan pangsapuri di Brooklyn ini adalah suntikan idea balkoni terbuka bagi unit tertentu. Malah tidak mustahil bagi individu berbeza tingkat saling bertukar pandangan mahupun senyuman.

Terletak di kawasan kejiranan dan laluan penting, bangunan ini menitikber­atkan idea mengekalka­n pemandanga­n indah langit Manhattan menerusi saiz tingkap besar serta balkoni terbuka.

Fasad ini turut mempromosi­kan alternatif dan transforma­si struktur bangunan kediaman secara berpusat di jalan komersil, berbanding lot bangunan sedia ada yang dibina berasingan.

 ??  ?? ‘KECACATAN’ di bahagian tengah dan atas menjadi keunikan MahaNakhon. STRUKTUR The Interlace disusun secara serong mencetus ilusi yang menarik.
‘KECACATAN’ di bahagian tengah dan atas menjadi keunikan MahaNakhon. STRUKTUR The Interlace disusun secara serong mencetus ilusi yang menarik.
 ?? FOTO: ?? 56 Leonard adalah ‘menara Jenga’ paling popular.
FOTO: 56 Leonard adalah ‘menara Jenga’ paling popular.
 ??  ?? 251 1st Street perkenal konsep balkoni ‘terbuka’.
251 1st Street perkenal konsep balkoni ‘terbuka’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia