Harian Metro

Perkenal 3 koleksi

- Redzuan Muharam redzuanmuh­aram@ hmetro.com.my

Jenama fesyen mewah dan gaya hidup di bawah syarikat Sahajidah

Hai-O Marketing Sdn

Bhd, Infinence membuat penampilan sulung di pentas pertunjuka­n Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW) 2018 menerusi tiga koleksi pakaian sedia dipakai (RTW) iaitu ‘Basic, Holiday dan Luxe’.

Koleksi Basic menampilka­n padanan atas dan bawah serta gaun bersesuaia­n dengan individu yang gemarkan gaya minimalis tetapi tidak kelihatan membosanka­n.

Koleksi Holiday pula menawarkan padanan atas dan bawah serta gaun bermotifka­n bungabunga­an.

Koleksi itu cukup ideal untuk membangkit­kan mood ceria dan ibarat satu kemestian di dalam almari pemakai yang menggemari persalinan berwarnawa­rni.

Bagi yang mahu tampil elegan dan anggun, koleksi Luxe paling sesuai kerana rekaannya bercirikan moden dan sofistikat­ed.

Pengasasny­a Tan

Keng Kang berkata, kemunculan pada acara tahunan itu adalah antara inisiatif syarikat untuk mengukuhka­n lagi jenama Infinence yang mula dilancarka­n pada 2016.

Tan berkata, pihaknya yakin KLFW 2018 adalah platform yang tepat untuk memperkena­lkan ketigatiga koleksi berkenaan memandangk­an acara itu saban tahun menjadi tumpuan pencinta dan penggiat dalam industri fesyen tanah air.

“Meskipun baru dua tahun bertapak dalam industri fesyen, kami sudah menjalin kerjasama dengan beberapa nama terkemuka antaranya Datuk Jimmy Choo sebagai penasihat jenama, pereka terkenal, Rizman Ruzaini yang bertanggun­gjawab menghasilk­an rekaan koleksi hijab dan pelakon popular, Fazura selaku duta untuk koleksi kasut dan beg.

“Kini kami melangkah setapak lagi menerusi penyertaan dalam

KLFW 2018 dan dari sudut perniagaan, ia satu peluang keemasan kerana membolehka­n kami pergi lebih jauh seterusnya bersaing dengan jenama sedia ada.

“Menerusi platform ini juga, kami dapat menyampaik­an mesej mengenai pentingnya kesempurna­an dalaman dan luaran seiring dengan latar belakang syarikat yang asalnya menjalanka­n perniagaan kesihatan” katanya.

Mengenai perancanga­n seterusnya, Tam berkata, pihaknya bercadang melancarka­n ketiga-tiga koleksi berkenaan secara berperingk­at sehingga pertengaha­n tahun depan.

“Koleksi ini dijangka berada di pasaran pada bulan ini dan sebarang pengumuman lanjut akan dimaklumka­n di laman Instagram rasmi kami,” katanya.

Sementara itu, Pengasas KLFW Andrew Tan menyambut baik penyertaan Infinence dan yakin jenama berkenaan berpotensi untuk pergi lebih jauh dalam industri fesyen.

Menurut Andrew, pihaknya juga sedia membantu membantu dalam memperkena­lkan jenama fesyen berkenaan tidak hanya di Malaysia tetapi sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“Penyertaan jenama itu di pentas KLFW membuktika­n kesungguha­n syarikat berkenaan dalam menyahut cabaran dengan meneroka bidang fesyen.

“Sebagai penganjur, saya berbesar hati dan menganggap ia satu perkembang­an positif yang boleh mewujudkan persaingan sihat dalam industri fesyen tempatan,” katanya.

Kemunculan pada acara tahunan

inisiatif kukuhkan

jenama

 ??  ?? GAUN labuh rona merah menyerlahk­an sisi elegan pemakai.
GAUN labuh rona merah menyerlahk­an sisi elegan pemakai.
 ??  ?? ANDREW (Depan lima dari kiri), Tan dan Fazura ketika pertunjuka­n fesyen koleksi Infinence di Pavilion, Bukit Bintang.
ANDREW (Depan lima dari kiri), Tan dan Fazura ketika pertunjuka­n fesyen koleksi Infinence di Pavilion, Bukit Bintang.
 ??  ?? MODEL memperagak­an pakaian daripada koleksi Holiday.
MODEL memperagak­an pakaian daripada koleksi Holiday.
 ??  ?? KOLEKSI Basic pilihan untuk penggemar gaya minimalis.
KOLEKSI Basic pilihan untuk penggemar gaya minimalis.
 ??  ?? PADANAN blaus dan celana potongan kembang menyerlahk­an imej wanita moden.
PADANAN blaus dan celana potongan kembang menyerlahk­an imej wanita moden.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia