Harian Metro

BAJU SELESA BUAT SI COMEL

- Siti Nadirah Hafizah siti_nadirah@hmetro.com.my

Fabrik sesuai perlu diambil

kira kerana si kecil mudah

berpeluh

Seronok melihat si kecil menggayaka­n baju baru. Malah si kecil kesayangan anda juga teruja menyarungk­an padanan comel, apatah lagi jika anda memilih warna kegemarann­ya.

Dalam keterujaan ibu memilih baju yang comel, aspek keselesaan tidak diketepika­n. Baju untuk si kecil perlu selesa kerana mereka aktif bermain dan cepat berpeluh.

Fabrik yang tidak serap peluh bukan saja membuatkan anak tidak selesa dan berasa rimas, malah biasanya ia juga bolehmembu­atkanmerek­a meragam. Bagi yang sudah pandai bercakap dan memilih, pastinya enggan lagi menyarungk­an baju berkenaan.

Memahamike­hendakibu bapa dalam memilih busana anak, jenama ArianaSoph­ia tampil dengan pelbagai koleksi busana yang mengambil kira semua aspek diperlukan pada sehelai busana bayi juga kanak-kanak.

Pengasasny­a Izzati Zainal berkata, pengalaman sendiri bergelar seorang ibu membuatkan dia tahu ciri yang perlu ada pada busana kanak-kanak terutama bagi memastikan keselesaan berpanjang­an sepanjang masa.

“Bermula 2016, saya mula menghasilk­an beberapa rekaan terawal dengan menggunaka­n rona ceria sesuai untuk kanakkanak. Selain bermain dengan warna saya juga menggunaka­n fabrik yang berkualiti untuk memastikan si kecil tidak rimas.

“Selain koleksi untuk kanak-kanak perempuan, pihaknya menampilka­n dua koleksi buat kanakkanak­lelakiiait­uMalik dan Eusoff Pair. Pilihan untuk busana kanakkanak lelaki agak terhad menyebabka­n kami turut menekankan penghasila­n busana untuk mereka,” katanya.

Menurut Izzati, bukan saja untuk kanak-kanak, pihaknya juga menawarkan busana pada saiz seawal usia bayi yang baru dilahirkan sehingga ke saiz empat tahun.

“Dari segi harga, semua koleksi dijual bermula harga RM80 hingga RM160 bergantung kepada rekaan juga fabrik digunakan. Kami memberi jaminan keselesaan untuk setiap koleksi ini.

“Semua koleksi ini bukan saja dijual pada musim perayaan kerana ia juga sesuai digayakan pada hujung minggu terutama ketika menghadiri jemputan majlis tertentu,” ujarnya.

 ??  ?? COMEL dan selesa dipakai. LAIN daripada
yang lain. KOLEKSI busana untuk kanak-kanak lelaki.
COMEL dan selesa dipakai. LAIN daripada yang lain. KOLEKSI busana untuk kanak-kanak lelaki.
 ??  ?? SESUAI dipakai walaupun ketika cuaca panas.
SESUAI dipakai walaupun ketika cuaca panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia