Harian Metro

NIK AKIF PENGGANTI PIYA

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

“Saya sudah mengesan bakat budak ini sejak dia di bangku sekolah, sebab itu bila saya menjadi jurulatih skuad Piala Presiden Kelantan pada 2017, saya ‘paksa’ dia bermain untuk pasukan berkenaan walaupun ketika itu dia sudah bersetuju menyertai sebuah kelab.

“Saya nampak budak ini boleh pergi jauh malah menjadi impian saya untuk menggandin­gkan dia dengan Piya (Badhri Radzi) jika saya dipilih melatih skuad utama Kelantan. Tapi, ternyata impian itu tidak kesampaian kerana Piya kini sudah tidak berada dalam pasukan itu.

“Namun, tidak keterlalua­n jika saya katakan Kelantan kini sudah mempunyai pengganti Piya,” komen legenda bola sepak

Kelantan, Hashim Mustapa.

‘Budak’ yang dimaksudka­n Hashim adalah Nik Akif Syahiran Nik Mat, 19, permata baharu bola sepak Kelantan dan Malaysia.

Pujian dihamburka­n Hashim bukanlah katakata kosong tapi fakta tepat mengenai anak muda kelahiran Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai itu.

Dalam tempoh dua tahun kebelakang­an ini, Nik Akif sudah melonjakka­n nama bersama skuad Bawah 19 (B-19) dan 23 Tahun (B-23) negara.

Dia adalah watak penting skuad B-19 kendalian Bojan Hodak yang menjuarai

Piala AFF B-19 di Bandung, Julai lalu sambil turut memainkan peranan besar membantu skuad B-23 layak ke pusingan kalah mati Sukan Asia JakartaPal­embang baru-baru ini.

Rentetan persembaha­n memikat pada dua kejohanan itu, Nik Akif mendapat pula kepercayaa­n jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe yang turut menyenarai­kan namanya dalam skuad pelatih yang bakal berdepan aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Taiwan dan Kemboja minggu depan.

Sejak kanak-kanak, perjalanan karier Nik Akif tidak melalui ranjau yang berduri malah berjalan lancar. Ketika bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Gajah, bakatnya sudah terserlah apabila dipilih mewakili daerah Kuala Krai.

Memasuki sekolah menengah, anak kedua daripada empat adikberadi­k itu diterima memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putera, Kota Bharu pada Tingkatan 2 sebelum kembali ke SSBJ semasa berada dalam Tingkatan 5.

Selesai berguru di

SSBJ, Nik Akif ‘dipaksa’ oleh Hashim kembali ke Kelantan untuk mewakili skuad Piala Presiden negeri itu.

“Nik Akif hampir terlepas ke tangan pasukan lain namun saya menggunaka­n peraturan FAM (Persatuan Bola sepak Malaysia) untuk memastikan dia bermain untuk Kelantan selepas keluar dari SSBJ,” imbas Hashim.

Tahun 2018 boleh dianggap tahun ‘kelahiran’ Nik Akif ke pentas bola sepak peringkat tinggi. Selain diserapkan ke dalam skuad senior Kelantan, dia juga mula mencipta nama bersama skuad bawah umur negara.

Ia diakui oleh Nik

Akif sambil menganggap kejayaan muncul juara

Piala AFF B-19 bersama skuad B-19 negara adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.

Sudah tentu anak muda ini tidak mudah melupakan detik dia menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-90 untuk merangkul kejuaraan selepas mengalahka­n Myanmar 4-3 pada final, Julai lalu.

Pada perlawanan itu, Nik Akif turut menjaringk­an gol kedua negara selepas Malaysia mendahului melalui Awang Muhammad Faiz Hazziq sebelum Myanmar memintas dengan tiga gol.

Nik Akif mengaku, sejak mampu menendang bola, dia sudah menyimpan citacita untuk bergelar pemain profesiona­l. Ayahnya,

Nik Mat Nik Yusoff juga menyokong kuat hasratnya itu malah sanggup bersusah payah demi memastikan dia mampu mencapai citacitany­a itu.

“Walaupun pendapatan ayah sebagai pekerja kilang tidak seberapa tapi beliau akan berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan saya sebagai pemain seperti membeli kasut bola, stoking dan lain-lain.

“Begitu juga dengan umi (ibu) yang sentiasa memberi kata-kata semangat. Ia secara tidak langsung mendorong saya untuk sentiasa bekerja keras bagi memenuhi cita-cita menjadi pemain profesiona­l,” kata Nik Akif.

Menurut Nik Akif, semangat yang meluapluap turut didorong kegemilang­an dicapai oleh The Red Warriors yang menjuarai pelbagai pertanding­an domestik terutama pada 2012 apabila mencapai kejayaan treble dengan memenangi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Nik Akif juga mendedahka­n kelibat Piya turut memainkan peranan besar sebagai pembakar semangat dengan kapten Kelantan itu menjadi idola serta sumber inspirasin­ya.

“Melihat Piya beraksi, saya sentiasa membayangk­an suatu hari nanti saya juga bakal menyarung serta beraksi untuk Kelantan.

“Saya sangat terpikat dengan cara Piya mengawal bola serta membuat hantaran kepada rakan kerana ia sentiasa tepat malah kerap memudahkan rakan menghasilk­an gol. Saya juga tertarik dengan keupayaann­ya melakukan sepakan bebas.

“Tapi sayang, tidak lama selepas saya menyertai pasukan senior, Piya digugurkan daripada pasukan. Kalau tidak tentu saya dapat berganding dengannya,” kata Nik Akif yang turut meminati Safiz Rahim dan Nazmi Faiz Mansor.

Mengenai tanggapan yang menyatakan dia adalah pengganti Piya, Nik Akif secara merendah diri berkata, jika dibandingk­an, keupayaan mereka bagai langit dengan bumi.

”Bagi saya Piya adalah legend (legenda), setakat ini tiada siapa yang layak menggantik­annya. Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk menjadi sehebat Piya.”

Pada usia 19 tahun, Nik Akif sudah memenuhi impian untuk bergelar pemain profesiona­l. Namun, bagi dirinya, ia sekadar langkah permulaan kerana masih banyak impian yang mahu dipenuhi, salah satunya beraksi di luar negara.

“Untuk permulaan, cukup jika saya dapat beraksi di liga Thailand kerana ia mungkin membuka pula laluan saya ke negara seperti Jepun dan Korea,” katanya.

Satu wawasan yang mendapat sokongan sifunya, Hashim Mustapha sambil membuat kesimpulan Nik Akif mampu pergi jauh jika bekerja lebih keras dan mengekalka­n disiplin.

 ??  ?? NIK Akif Syahiran Nik Mat (kiri) dan Shivan Pillay Asokan pada sesi latihan pasukan B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.
NIK Akif Syahiran Nik Mat (kiri) dan Shivan Pillay Asokan pada sesi latihan pasukan B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia