Harian Metro

Anna, Lewandowsk­i buat kejutan

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Pelbagai cara dan kejutan dilakukan oleh manusia di dunia untuk menyambut hari jadi, tidak terkecuali bintang pemain antarabang­sa Poland, Robert Lewandowsk­i dan isterinya, Anna Lewandowsk­a ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30 barubaru ini.

Lewandowsk­i yang membantu negaranya di Piala Dunia Russia 2018, berkahwin dengan Anna pada 2013 dan isterinya itu bukan saja sebaya malah turut dikenali sebagai atlet kebangsaan dalam acara karate.

Bagi melakukan sesuatu luar biasa, Anna yang akan menjangkau usia 30 tahun pada 7 September depan mendapat idea bahawa sambutan kali ini harus diberi penghormat­an kepada kedua-dua ibu mereka.

Ibu kepada

Lewondowsk­i, Iwona Lewandowsk­a dan ibu

Anna, Maria Stachurska kedua-duanya dilihat teruja dan terkejut dengan kejutan berkenaan walaupun ia bukan berlangsun­g pada Hari Ibu mahupun hari jadi mereka.

Antara faktor mengapa Anna bersama suaminya bercadang untuk melakukan kejutan keduadua ibu mereka sempena sambutan hari jadi ialah menghargai individu penting dalam hidup mereka, terutama ketika mereka dilahirkan.

Sambutan hari jadi yang diadakan di ibu negara Poland, Warsaw turut dihadiri orang kenamaan serta personalit­i terkenal seperti Zosia Slotala, Slawomir Peszko, Martyna Wojciechow­ska, Kuba Wojewudzki, Mateusz Borek dan Andrzej Wrona.

“30+30 walaupun hari jadi saya yang sebenarnya pada September depan,” kata Anna dalam satu gambar yang dimuatnaik dalam laman sosial.

Turut menarik perhatian pada acara berkenaan ialah pakaian yang dipakai oleh Anna, skirt pendek yang berkilau sehingga menjadi tumpuan jurugambar.

Anna yang juga graduan Akademi Pendidikan Fizikal di Warsaw adalah seorang pakar nutrisi dan sangat dikenali sebagai atlet karate dengan beberapa kejayaan di peringkat dunia, Eropah dan kebangsaan.

Dia juga adalah ahli

Kelab Karate Pruszkow dan pernah memenangi tiga medal di Kejohanan Dunia, enam di peringkat benua dalam pelbagai kategori umur serta 29 kali meraih kejuaraan peringkat kebangsaan.

Anna sentiasa menjadi sebutan dan ikutan buat kebanyakan wanita di Poland, kerana bukan saja berjaya di dalam bidang sukan malah seorang ibu yang penyayang serta sentiasa memberi sokongan padu kepada suaminya.

Bagaimanap­un, Anna juga sama seperti wanita lain inginkan waktu bersendiri­an dan sering memaparkan gambarnya sedang bercuti seorang diri baik di dalam mahupun luar negara.

Selain menjadi bualan dalam dunia kecergasan, Anna turut mendapat perhatian bagi industri fesyen kerana sering berketramp­ilan dengan cara pemakaian yang sempurna.

Jika dia memakai pakaian baru termasuk kasut, setiap peminat wanitanya akan berpusupus­u untuk mendapatka­n barangan yang diperagaka­nnya di kedai.

 ??  ?? LEWANDOWSK­I dan isterinya, Anna
Lewandowsk­a.
LEWANDOWSK­I dan isterinya, Anna Lewandowsk­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia