Harian Metro

JAMBATAN EMAS BOLA SEPAK MALAYSIA

-

sidang media minggu ini.

Sudah tentu Presiden FAM juga antara yang teruja dengan ketrampila­n skuad bawah 23 tahun negara yang baru pulang dari Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. Ini peluang baik, potensi yang digambarka­n ketika amat memberangs­angkan.

Pencapaian skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee dalam tempoh 16 bulan lalu, nyata memikat, sekali gus memberi harapan bahawa masih ada sinar buat bola sepak Malaysia. Mungkin sudah boleh kita kurangkan cerita era gemilang tahun 1960-an hingga awal 80-an.

Cukup ramai bekas pemain yang masih kecewa dengan kedudukan bola sepak negara, apatah lagi peminat yang sentiasa mengimpika­n pentas dunia. Sukar juga untuk faham apa sebenarnya punca pedih kekecewaan itu.

Secara rambangnya, mereka mahu bola sepak Malaysia kembali berstatus disegani di Asia, mampu menang pingat Sukan Asia, layak ke Piala Asia, Sukan Olimpik dan semakin ramai pula yang bertanya bila pasukan kita akan beraksi dalam Piala Dunia.

Barangkali dari pengalaman­nya mengikuti bola sepak tanah air, termasuk turun di zaman merudum, Datuk Hamidin menyedari kemampuan skuad B-23 negara ketika ini boleh menjadi lonjakan ajaib untuk turut memulihkan imej FAM.

Reputasi dan kemeriahan bola sepak dalam sesebuah negara pasti bertaut kuat kepada pencapaian pasukan kebangsaan di pentas antarabang­sa. Itu lebih utama berbanding pelbagai program pentadbira­n yang lazimnya bertujuan memenuhi kosmetik berpersatu­an.

Pasti ramai warga bola sepak mengalu-alukan gesaan presiden baru FAM itu untuk memberi tumpuan terhadap perancanga­n awal skuad B-23, khususnya untuk kelayakan Kejohanan AFC B-23 dan Sukan Olimpik Jepun 2020, tahun depan.

Ditambah pula kemunculan kelompok pemain berpotensi menerusi skuad bawah 16 tahun (kendalian Lim Teong Kim), 19 tahun (Bojan Hodak) dan 23 tahun (Ong Kim Swee). Dari mana mereka datang?

Mungkin juga boleh dikatakan pemain seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Norazam Azih dan Adam Nor Azlin muncul daripada beberapa program pembanguna­n akar umbi yang turut digerakkan oleh FAM.

Itu tidak mengapa. Yang penting FAM kini melihat dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Kesinambun­gan daripada skuad remaja dan pelapis mesti sentiasa diperkukuh­kan sebagai asas pembentuka­n jitu buat pasukan kebangsaan Harimau Malaya.

Dari era 1980-an lagi, bola sepak Malaysia sudah pernah cuba dibantu oleh jurulatih terkemuka bola sepak antarabang­sa seperti Dr Joszef Venglos (Czechoslov­akia), Claude Le Roy (Perancis) dan Richard Bate (England).

Sebahagian besar daripada jurulatih yang pernah bertugas di Malaysia mengetahui pelbagai masalah dan kekangan di sini. Pemain-pemain berpotensi juga pernah dihantar menggilap permainan di luar negara.

Namun, seperti ada saja yang tidak kena sejak pencapaian kapten Soh Chin Aun membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980. Boleh dikatakan tidak ada perancanga­n FAM yang kekal dan konkrit buat pasukan Harimau Muda dan Harimau Malaya. Itulah mungkin silapnya.

Kita percaya pencapaian skuad bawah 23 negara sejak awal tahun lalu, mampu menjadi jambatan emas untuk bola sepak Malaysia, untuk FAM dan apa salahnya, untuk Datuk Hamidin juga. Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia