Harian Metro

EKI MAHU AKHIRI ZAMAN BUJANG

-

Angin sepoi-sepoi bahasa membisikka­n ke telinga

Spy Bola bahawa pemain PKNP FC, Shahrel Fikri Md Fauzi yang kini berkelana ke kelab Thailand, Nakhon Ratchasima, sebenarnya bukan sahaja rindukan keluargany­a di Setiawan, Perak tapi juga seseorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.

Malah, mereka menyatakan luahan Shahrel atau Eki melalui twitter yang menggambar­kan kesunyiann­ya kerana keseoranga­n di sana juga ditujukan kepada insan istimewa itu. Khabarnya gadis yang bertakhta di hati Eki itu tinggal di Ipoh.

Lalu, Spy Bola tidak membuang masa, terus menghubung­i ayah Eki, Md Fauzi Ahmad untuk merisik cerita sebenar daripada mulutnya.

Ternyata, apa yang Spy Bola dengar itu benar.

Malah ayah Eki siap mendedahka­n bahawa

Eki dan gadis berkenaan, Hazwani Rashid sudah mengikat tali pertunanga­n pada bulan April.

Mereka dijangka akan melangsung­kan perkahwina­n pada Disember depan, tarikhnya sudah ditetapkan, kata ayah Eki.

Menurut Md Fauzi, Hazwani atau mesra dengan panggilan Wani bertugas sebagai kerani di Majlis Perbandara­n Ipoh (MPI).

Bagi Md Fauzi, walaupun karier kini menjadi keutamaan Eki namun beliau tidak menghalang niat anaknya untuk mendirikan rumah tangga.

“Memang kalau boleh, saya mahu Eki menumpukan perhatian kepada karier terutama selepas mendapat peluang bermain di Thailand.

Tapi, pada usia 24 tahun sekarang, memang sudah elok untuk dia berumah tangga.

“Mungkin selepas berkahwin, jika dapat terus bermain di Thailand, dia boleh membawa isterinya ke sana, jadi tidaklah hidupnya sunyi sangat,” kata Md Fauzi.

Spy Bola: Bakal menyepi.

 ??  ?? SHAHREL bersama tunangnya, Hazwani.
SHAHREL bersama tunangnya, Hazwani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia