Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 12.03 tengah hari CEREKAPILI­HAN: ANAK MAT SALLEH TAPI MELAYU TV 2/ 10 malam MAY WHO? 8tv 10 malam KUNGFU JUNGLE

Datuk Borhan bersama anaknya iaitu Amelia, Mary dan Jane pulang ke Malaysia selepas dia menjual perniagaan di London.

Sebelum tiba di kampung, Mary sudah merungut kerana cuaca panas di Kuala Lumpur. Adik bongsunya, Jane pula ikut apa saja yang dikatakan Mary.

Keadaan bertambah rumit apabila mereka akan tinggal di kampung. Mereka akan menetap di rumah baru Borhan di Kuala Selangor.

Dalam perjalanan pulang, kereta mereka tergesel dengan kereta Kak Mia dan anaknya, Bella.

Kak Mia terus jatuh hati melihat Borhan yang kacak. Dia tidak jadi marah dan meminta sebarang ganti rugi. Lebih teruja apabila mengetahui Borhan adalah jirannya.

PELAKON: Diana Danielle, Amelia Henderson,

Jelita Kako dan Zarina Zainuddin Pong seorang pelajar sekolah menengah yang suka melukis.

Dia menjadikan Ming iaitu gadis idamannya sebagai watak utama dalam komik yang dilukisnya dan dia sendiri hero dalam komik berkenaan.

Pada suatu hari, Pong tersilap menghantar buku kerja rumah kepada gurunya. May Nhai yang terlihat buku komik berkenaan kemudian mendedahka­n komik itu kepada rakan sekelas termasuk Ming.

PELAKON: Thiti Mahayotaru­k, Narikun Ketprapako­rn, Sutatta Udomsilp, Thanapob Leeratanak­ajorn dan Kanyawee Songmuang Hahou Mo pengamal seni mempertaha­nkan diri.

Dia baru saja dibebaskan dari penjara atas kesalahan menyebabka­n kematian pihak lawan dalam satu pertanding­an.

Tiga tahun kemudian, pembunuh bersiri muncul dan membunuh semua guru seni mempertaha­nkan diri yang sudah bersara.

Kebetulan, mereka adalah kenalan Hahou. Hahou bekerjasam­a dengan polis untuk menangkap penjenayah berkenaan.

PELAKON: Donnie Yen, Wang Baoqiang dan Charlie Young

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia