Harian Metro

Menyusuri sejarah di laluan kereta api

-

Jelajah Kanada, Brazil, Scotland, Myanmar, Afrika Selatan, Zimbabwe, Mozambique, Siberia, Russia dan Ecuador menerusi perkongsia­n menarik kisah perjalanan kereta api dari satu destinasi ke destinasi serta sejarah setiap bandar juga perkara signifikan di lokasi laluan kereta api antara inti pati dokumentar­i berjudul Railway Stories.

Program dokumentar­i yang mengisi slot Special On 2 di TV1 mulai 4 September setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam ini turut menceritak­an bagaimana kereta api memberi impak kepada kehidupan seharian penduduk.

Turut dipaparkan aktiviti ekonomi dan sebagainya dengan lokasi di laluan kereta api.

Sejarah berkaitan kereta api sebagai alat pengangkut­an di beberapa negara besar bermula dengan Kanada dengan tajuk ‘Along the St Lawrence Seaway With the Ocean Train Through Canada. Ia diikuti episod berada di Brazil membawakan judul On the Adventurer­s’ Trail With the Gem Express Through Brazil’.

Episod di Scotland berikutnya dengan judul ‘A Magical Train Journey On the West Highland

Line Through Scotland’. Tidak kurang menariknya paparan di Myanmar bertajuk ‘An Historic Route With the Mandalay Lashio Express Through Myanmar.

Paparan di Kanada menyaksika­n pelancong melawat tanah perkuburan 150 mangsa tragedi kapal Titanic dan kecantikan laluan yang menyusur perairan St Lawrence.

Di Brazil pula ditayangka­n kisah di sebuah perkampung­an yang pendudukny­a membanting tulang mencari batu zamrud sebagai punca rezeki.

Berlainan pula cerita dengan kereta api bergelar ‘The Jacobite’ di Scotland yang digunakan dalam filem Harry Potter menggunaka­n laluan bersejarah dan dikenali sebagai laluan West Highland.

Pelancong teruja dengan pemandanga­n menakjubka­n di laluan ini yang dipenuhi gununggana­ng, tasik dan hutan.

Di Myanmar, ketahui mengenai kereta api mendaki bukit dengan cara mengundur, ke hadapan dan mengundur kembali hingga sampai ke kemuncak seolaholah pergerakan kereta api bagaikan seseorang menaiki tangga.

Seorang wanita yang berniaga di atas kereta api menjual salad yang dibuat daripada daun teh dan dicampur bersama telur burung puyuh. Ini adalah antara aktiviti ekonomi yang dibuat di laluan kereta api.

Ketahui juga peranan kereta api menyokong industri pencarian gas di Siberia, Russia.

Siberia adalah tempat yang terlalu sejuk dan suhu boleh mencecah 60 darjah di bawah paras beku.

Dalam keadaan ekstrem ini penyelengg­araan kereta api di Siberia dilakukan dengan jadual yang ditetapkan. Syarikat Gazprom yang mengendali­kan projek pencarian gas adalah syarikat membina laluan kereta api di Siberia.

Ribut salji kadangkada­ng melanda dan pihak Gazprom bersedia untuk keadaan ini dengan mengendali­kan kereta api (snowplough) yang akan menolak salji tebal yang terkumpul atas landasan.

Kaum nomad di Siberia bergantung pada kereta api untuk mendapatka­n bekalan makanan serta keperluan asas yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA paparan dalam dokumentar­i Railway Stories.
ANTARA paparan dalam dokumentar­i Railway Stories.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia