Harian Metro

DUKE JADI ‘LITAR’ UJI LAJU Intaian Skuad 42

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Menjelang 12 tengah malam, kumpulan mat motor mula memasuki Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dari susur masuk Sentul ke susur Sri Gombak di sini, untuk sesi memanaskan badan.

Kebanyakan mat rempit yang berlumba di ‘litar’ DUKE terdiri daripada remaja lelaki belasan tahun sehingga awal 30-an yang mahu melepaskan gian menguji kelajuan motosikal masing-masing pada malam minggu.

Bunyi deruman enjin dengan ekzos yang diubah suai menjadi perkara biasa di lebuh raya berkenaan, malah penduduk sekitar taman di pinggir lebuh raya juga lali dengan bunyi bising itu.

Dari susur Sentul, mat rempit terbabit menunjukka­n pelbagai aksi dan gelagat berlumba sesama sendiri sebelum menamatkan perlumbaan di susur Sri Gombak.

Keadaan ‘litar’ yang lurus dan jarak sejauh lima kilometer (km) menjadikan DUKE pilihan dan digemari dalam kalangan mat rempit di Lembah Klang.

Selepas membuat pusingan U di Sri Gombak, kumpulan terbabit sekali lagi memecut motosikal masing-masing ke arah Sentul dan mengulangi laluan berkenaan sehingga jam 3 pagi.

Wartawan yang berada di lokasi kecut perut melihat pelbagai aksi dipersemba­hkan mat rempit terbabit termasuk dan

di laluan yang turut digunakan kenderaan berat.

Apa yang menyedihka­n, kebanyakan pelumba terbabit adalah generasi baru berusia belasan tahun dan menggunaka­n motosikal ibu-bapa masing-masing, malah difahamkan ada segelintir datang dari Shah Alam, Klang, Rawang dan Kajang serta tidak ketinggala­n di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Penonton juga tidak kurang hebatnya apabila ramai ‘bersidai’ di tepi lebuh raya menonton aksi ‘bunuh diri’ golongan mat rempit terbabit.

Ada yang membawa teman wanita masing-masing menonton aksi mat rempit terbabit sehingga awal pagi.

Wartawan turut menyaksika­n aksi lagak ngeri menunggang motosikal melawan arus dalam keadaan laju oleh kumpulan mat rempit itu sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

Walaupun acap kali ditahan menerusi operasi bersepadu cegah lumba haram dilakukan polis, namun kawasan lebuh raya itu terus dibanjiri kumpulan mat rempit setiap malam minggu.

Menjelang jam 3.30 pagi, suasana mulai sunyi dan hanya ada beberapa motosikal saja ke hulu ke hilir dengan bunyi ekzos yang kuat, selain kumpulan penonton mula bersurai.

Kuala Lumpur: Gadai nyawa bagi memastikan ketenteram­an awam terjamin selain mengekang gejala sosial dalam kalangan remaja.

Itu tugas Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur diketuai Asisten Superinten­dan Ahmad Fuad Mahmod bersama dua pegawai dan 14 anggota.

Skuad ini tidak dikenali dalam kalangan orang awam dan setiap kali turun di jalanan risiko cedera tinggi kerana mat rempit tidak hiraukan keselamata­n diri dan orang lain.

Mereka hanya berpakaian preman, sukar dikenal pasti identiti diri sehingga mereka menunjukka­n kad kuasa dan ketika itu, mat rempit akan cuba melarikan diri.

Bukan saja memburu samseng jalan raya, mereka juga berdepan penjenayah yang memiliki senjata seperti parang dan pistol.

Mengulas mengenai tugas skuad khas ini, Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komisioner

Kegiatan mat rempit berlumba haram di lebuh raya

setiap malam minggu kian menjadi-jadi

Zulkefly Yahya berkata, kewujudan skuad ini bukan saja membuatkan mat rempit gerun memasuki ibu kota malah memastikan tiada perlumbaan mempertaru­hkan wang dijalankan.

“Mereka ini akan turut beraksi bersama mat rempit bagi mengelak penyamaran dikesan dalam usaha menahan kumpulan mat rempit Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Meskipun taktik penyamaran dilihat berisiko namun ia berkesan kerana kami mempunyai bukti dan saksi untuk mensabitka­n kesalahan mereka berlumba haram,” katanya.

 ??  ?? AKSI Superman selain wheelie dan wikang jadi hiburan untuk penonton. MAT rempit cuba
melarikan diri daripada polis dengan menunggang lawan
arus di jalan raya.
AKSI Superman selain wheelie dan wikang jadi hiburan untuk penonton. MAT rempit cuba melarikan diri daripada polis dengan menunggang lawan arus di jalan raya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ZULKEFLY
ZULKEFLY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia