Harian Metro

NAFI TARIK DIRI

- Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

Calon PH DUN Seri Setia dakwa tidak terima jemputan hadiri program debat

Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan kononnya beliau menarik diri daripada menghadiri program televisyen Agenda Awani bersama pesaingnya, Dr Halimah Ali, Rabu lalu.

Katanya, beliau sebenarnya tidak menerima jemputan berhubung program terbabit.

“Tidak timbul isu tarik diri atau takut nak berdebat sebab saya tidak dijemput menjadi tetamu undangan.

“Dari segi komunikasi, ada masalah tetapi yang pasti, saya tak terima apa-apa jemputan,” katanya mengulas isu tular di laman sosial yang mendakwa beliau menarik diri daripada berdebat bersama Dr Halimah.

Terdahulu, individu yang dikenali sebagai Roslan memuat naik kenyataan di laman sosial Facebook dan Twitter mendakwa, Halimey tidak matang dan menafikan peluang rakyat bagi menilai calon pemimpin terbaik kerana menolak peluang untuk berhujah.

Dalam perkembang­an lain, Halimey yakin, masyarakat setempat tidak tergugat dengan isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau isu janji 100 hari selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbira­n kerajaan.

“Mereka tak tanya pun malah saya pastikan isu yang dibangkitk­an diberi perhatian supaya kebajikan semua terjaga.

“Saya penuhi jemputan program yang diaturkan kerana misi kami adalah mengekalka­n PH di Seri Setia,” katanya.

 ??  ?? HALIMEY (tengah) pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Adun Seri Setia, Kelana Jaya, semalam.
HALIMEY (tengah) pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Adun Seri Setia, Kelana Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia