Harian Metro

Gabungan BN kini jadi lipatan sejarah

-

MCA menyifatka­n gabungan Barisan Nasional (BN) menjadi lipatan sejarah selepas kecundang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Calon MCA Balakong,

Tan Chee Teong berkata, selepas peralihan kerajaan, tiba masanya Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, MCA berdikari untuk maju melangkah ke hadapan.

Justeru, beliau menegaskan pemimpin daripada mana-mana parti politik perlu berhenti bermain isu politik terutama membabitka­n skandal yang terpalit dengan BN.

“Tak payahlah main politik lagi. Sebaliknya, cadangkan apa yang sesuai bagi meringanka­n beban rakyat dan tidak perlu bertikam lagi sebab itu paling penting.

“Sekarang masih mahu tikam-tikam. Tidak konstrukti­flah. Saya tak campur tangan dalam hal ini (skandal BN) dan kalau boleh saya tidak mahu jawab.

“Kalau jawab pun soalan yang baik dan tak baik saya tak mahu jawab. Cuba tanya saya macam mana nak bangunkan kawasan ini (Balakong), saya (boleh) jawab semua soalan sebab semua (hal) kawasan dalam otak,” katanya kepada media selepas sesi

di kawasan gerai makan dekat Bandar Tun Hussein Onn sambil mengedarka­n Jalur Gemilang semalam.

Beliau memberi reaksi itu berhubung kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang mendakwa MCA membisu kerana tidak mempertaha­nkan hak rakyat akibat pelbagai penyalahgu­naan kuasa dan penyelewen­gan dilakukan kerajaan terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia