Harian Metro

SEDAR MAYAT JIRAN

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

Seorang lelaki yang menghidap masalah mental rentung dalam kebakaran selepas kediamanny­a di flat di Jalan 3/3, Jalan Pandan Indah di sini, terbakar jam 3.30 petang semalam.

Jiran mangsa, Haidir Atan, 65, berkata, kebakaran disedari seorang penduduk yang ternampak kepulan asap daripada tingkap belakang rumah mangsa sebelum bergegas mengetuk pintu kediaman berkenaan selain memangil nama mangsa.

“Saya sedang berehat di rumah dan sebaik dimaklumka­n kejadian, saya dan beberapa penduduk bergegas mengetuk pintu rumah namun tiada yang menyahut.

“Kami memecahkan pintu rumah dan berusaha memadamkan kebakaran yang marak di sebuah bilik kecil di bahagian belakang menggunaka­n air yang diangkut dengan baldi,” katanya ditemui.

Tambahnya, sementara menanti kehadiran bomba, 10 penduduk bertungkus-lumus memadam kebakaran selama kira-kira setengah jam seterusnya bagi mengelak ia merebak. “Ketika sibuk memadamkan api, kami tidak perasan ada mayat dalam bilik berkenaan sehinggala­h dimaklumka­n anggota bomba.

“Kami memang mengenali mangsa dan abangnya yang menyewa di situ sejak awal tahun ini. Penduduk di sini mengetahui yang dia menghidap masalah mental selepas terbabit kemalangan,”

Mangsa hidap masalah mental mati terbakar dalam rumah sewa

katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, Taufiq Nizam Chng, 57, ditemui rentung dalam sebuah daripada bilik tidur kediaman terbabit.

“Mangsa penghidap masalah mental dan menerima rawatan di Hospital Ampang. Ketika kejadian, abang mangsa yang berusia 60 tahun tiada di rumah.

“Siasatan awal oleh pasukan forensik kebakaran mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut, bagaimanap­un punca sebenar kematianny­a masih disiasat,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN bilik mangsa yang terbakar, semalam.
KEADAAN bilik mangsa yang terbakar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia