Harian Metro

8 PEMILIK DEGIL

Pemilik tidak bertanggun­gjawab parkir kenderaan halang lalu lintas sehingga bahayakan pengguna

- Norizuan Shamsuddin norizuan@nstp.com.my

Sikap pemilik meletakkan kenderaan terbiar di laluan kiri dan kanan Jalan Sri Permaisuri 1, Cheras di sini, mengundang masalah kesesakan lalu lintas selain membahayak­an pengguna jalan raya.

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan terbabit terhalang apabila ada kenderaan diletakkan di tepi jalan sehingga menyebabka­n laluan berkenaan menjadi sempit.

Tinjauan Harian Metro mendapati ada lapan kenderaan terbiar ditinggalk­an pemilik di sekitar laluan terbabit.

Kenderaan berkenaan dipercayai lama dibiarkan di kawasan itu berikutan keadaannya usang dan berhabuk.

Malah, ada antara kenderaan berkenaan didapati mengalami kerosakan, antaranya cermin pecah dan tayar pancit.

Selain itu, beberapa notis saman pihak berkuasa tempatan (PBT) diselitkan di bahagian cermin hadapan kenderaan terbabit.

Penduduk, Mohd Azni Azahari, 33, berkata, kenderaan terbabit sudah sekian lama dibiarkan di kawasan berkenaan.

“Saya tidak tahu kenderaan itu milik siapa, tapi kami percaya ia milik penduduk pangsapuri berdekatan.

“Ada antara kenderaan sudah hampir setahun terbiar di laluan berkenaan.

“Malah, sikap pemilik kenderaan yang gemar meletakkan kereta di tepi jalan secara berlapis juga menyebabka­n laluan ini menjadi sempit.

“Laluan ini menjadi tumpuan kerana menempatka­n kawasan sekolah, kedai makan dan perumahan penduduk.

“Pada waktu puncak aliran trafik menjadi perlahan sehingga menyebabka­n kesesakan lalu lintas kerana laluan sempit akibat kenderaan yang diletakkan di tepi jalan serta kereta terbiar berkenaan.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan mengalihka­n kereta terbiar dari lokasi dan mengenakan tindakan terhadap pemilik kenderaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

 ??  ?? KENDERAAN terbiar yang diparkir di kiri dan kanan Jalan Sri Permaisuri 1, Cheras mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
KENDERAAN terbiar yang diparkir di kiri dan kanan Jalan Sri Permaisuri 1, Cheras mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.
 ??  ?? ANTARA notis yang diletakkan pada kenderaan terbiar.
ANTARA notis yang diletakkan pada kenderaan terbiar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia