Harian Metro

ALIH CARA KEPADA IBS

Saranan CIDB bantu wujud proses kerja pembinaan lebih jimat, pantas

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) menyeru semua pemain industri supaya mula beralih secara beransur-ansur kepada Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) kerana ia mampu mewujudkan proses kerja pembinaan lebih cekap, pantas dan menjimatka­n.

Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, penggunaan IBS bukan lagi perkara baru di negara ini namun penggunaan­nya masih rendah kerana pemain industri lebih berminat dengan kaedah lama.

Menurutnya, sistem itu dapat mewujudkan tapak pembinaan yang bersih dan lebih selamat kepada pekerja buruh kerana komponen IBS akan dibina di kilang terlebih dahulu sebelum kerja pemasangan dilakukan.

“Kami harap pemain industri menggunaka­n IBS kerana ia juga mampu menjimatka­n hampir 50 peratus penggunaan pekerja atau buruh,” katanya.

Kerajaan sebelum ini menetapkan tempoh tiga tahun kepada pemaju swasta untuk mempersiap­kan dan memperkema­skan kembali operasi syarikat supaya mengguna pakai sistem IBS.

Malah, langkah meletak- kan IBS sebagai syarat mandatori kepada mereka yang berkaitan menjelang 2020 tepat pada masanya dengan tempoh peralihan yang wajar.

Beliau berkata, sektor pembinaan mampu mencapai lonjakan daripada segenap aspek jika IBS dilaksanak­an secara menyeluruh oleh pemain industri yang terdiri daripada pemaju hartanah dan kontraktor pembinaan.

“Buat masa ini, kami melihat banyak syarikat mula ke arah sistem ini namun diharapkan jumlah itu meningkat khususnya dari pemain industri bagi projek swasta,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang bermula pada 1 September depan, Ahmad Asri berkata pihaknya menjangkak­an sektor terbabit akan menerima kesan yang kurang berbanding rejim cukai sebelum ini.

Menurutnya, jika dilihat daripada pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), ia dikenakan pada setiap peringkat berkaitan manakala SST adalah sebaliknya.

Bagaimanap­un, katanya, kerajaan masih perlu melaksanak­an kajian menyeluruh dan terperinci bersama pemain industri bagi mewujudkan perkembang­an sektor pembinaan yang cekap dan memberi manfaat kepada semua pihak.

 ??  ?? PENGGUNAAN sistem IBS mampu jimat 50 peratus penggunaan pekerja.
AHMAD Asri
PENGGUNAAN sistem IBS mampu jimat 50 peratus penggunaan pekerja. AHMAD Asri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia