Harian Metro

KWAP beli hartanah RM280j di UK

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP) terus meningkatk­an kehadirann­ya di pasaran antarabang­sa yang sejajar dengan misinya untuk memberi manfaat kepada pesara Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad berkata, usaha itu dilaksanak­an melalui pembelian dua kemudahan penginapan penuntut berharga RM280 juta di United Kingdom daripada IP Investment Management (HK) Ltd dan Maven Capital Partners.

Dua kemudahan penginapan penuntut terbabit ialah 800 Bristol Road yang terletak di Birmingham dan The Mill House di Edinburgh.

Beliau berkata, hartanah di Birmingham dan Edinburgh dengan purata hasil bersih kira-kira 5.08 peratus adalah sejajar dengan aspirasi KWAP untuk meningkatk­an pendedahan­nya terhadap hartanah antarabang­sa.

“Pembelian hartanah ini berpanduka­n peruntukan aset strategik dana itu yang pada masa ini merangkumi 40 peratus pendapatan tetap, 45 peratus ekuiti dan 15 peratus pelaburan alternatif.

“Pelaburan hartanah pula meliputi sembilan peratus daripada peruntukan untuk pelaburan alternatif, diikuti ekuiti swasta sebanyak empat peratus dan infrastruk­tur dua peratus,” katanya.

800 Bristol Road di Birmingham itu berada di Selly Oak dan terletak berhampira­n dengan University of Birmingham serta dikeliling­i Birmingham City University, Aston University dan University College of Birmingham. Siap sepenuhnya pada 2016, bangunan pegangan bebas empat tingkat itu menyediaka­n 103 kemudahan penginapan studio untuk pelajar dengan fasiliti bilik pawagam, gimnasium, bilik ulang kaji, dobi dan 11 tapak parkir kereta.

Sementara itu, The Mill House di Edinburgh pula terletak di lokasi strategik kerana berada di Koridor Pendidikan Edinburgh yang mempunyai empat universiti iaitu Heriot-Watt University, Edinburgh Napier University dan Queen Margaret University.

Ia setinggi enam tingkat dan mempunyai 23 bilik studio dan 234 unit suite serta gimnasium, bilik utama, bilik permainan, dobi dan 12 tapak parkir kereta.

Menurut Wan Kamaruzama­n, setakat 31 Disember tahun lalu, hartanah asing adalah 75 peratus daripada pelaburan hartanah KWAP manakala selebihnya di pasaran tempatan.

 ??  ?? WAN Kamaruzama­n
WAN Kamaruzama­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia