Harian Metro

PRESTASI BAIK

- Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@nstp.com.my

„ Malaysia Airlines catat peningkata­n pendapatan pada

suku kedua 2018 berbanding tempoh sama tahun lalu

Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) merekodkan prestasi menggalakk­an dengan peningkata­n pendapatan 0.3 peratus pada suku kedua 2018 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Walaupun berdepan peningkata­n persaingan dan kelemahan permintaan terutama pada Ramadan, syarikat penerbanga­n kebangsaan itu meningkatk­an pendapatan bagi setiap tempat duduk tersedia untuk setiap kilometer (RASK) sebanyak dua peratus untuk suku dikaji.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Izham Ismail berkata, Malaysia Airlines berdepan tempoh mencabar pada separuh pertama tahun ini ydisebabka­n peningkata­n harga bahan api sehingga 37 peratus berbanding tahun lalu.

Selain itu katanya, lebihan kapasiti yang meluas dalam industri mengakibat­kan tekanan kepada permintaan dan hasil serta masalah kekurangan juruterban­g antara cabaran didepani kumpulan itu. “Meskipun demikian, syarikat berjaya mengekalka­n kedudukann­ya dengan prestasi stabil seperti yang direkodkan pada suku dikaji.

“Ia disokong kecekapan yang lebih baik, kos pangkalan syarikat penerbanga­n yang kini menjadi salah satu paling rendah di antara pembekal rangkaian perkhidmat­an utamanya.

“Untuk menangani tekanan luaran dan kekangan operasi dijangkaka­n, kami secara proaktif menjalanka­n latihan pengurusan kapasiti, mengurangk­an kapasiti dan kekerapan pada laluan tidak menguntung­kan yang menyaksika­n RASK menurun lima peratus,” katanya di sini.

Mengulas

lanjut, Izham berkata, pihaknya melakukan transforma­si terbesar sejak tiga tahun lalu melalui pemotongan kos unit setanding sebanyak lima peratus dalam tempoh itu.

Katanya, syarikat penerbanga­n itu juga menunjukka­n daya tarikan yang baik untuk tiga suku terakhir selepas prestasi lemah pada 2017 dengan hasil dan RASK menunjukka­n peningkata­n positif.

“Bagaimanap­un, kami juga berdepan tekanan daripada kenaikan harga bahan api, naik turun tukaran mata wang asing dan lebihan kapasiti di pasaran domestik.

“Lebihan kapasiti ini menyebabka­n kekurangan juruterban­g di seluruh dunia yang semakin memburukka­n keadaan dan menghalang pertumbuha­n kumpulan.

“Namun, keputusan agak baik pada suku tahun ini hasil inisiatif kumpulan termasuk pengurusan kapasiti lebih baik serta memanfaatk­an fleksibili­ti angkatan pesawat milik kami untuk menguruska­n kekangan operasi,” katanya.

 ??  ?? MALAYSIA Airlines berjaya kekal kedudukan dengan prestasi stabil bagi tempoh suku dikaji.
MALAYSIA Airlines berjaya kekal kedudukan dengan prestasi stabil bagi tempoh suku dikaji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia